Kebenaran kini tersebar ke tempat-tempat yang tidak dijangka.

George membacakan ayat Alkitab kepada kanak-kanak kecil

Dengan lebih 700,000 orang, Kibera di Kenya merupakan salah satu setinggan terbesar di dunia.

Kehidupan di sini boleh terasa amat sukar untuk ditempuhi. Setiap hari ada cabarannya—menyara hidup, menjaga keluarga, dan sekadar untuk terus melangkah ke hadapan. Ramai yang tidak nampak jalan keluar.

Kebenaran kini tersebar ke tempat-tempat yang tidak dijangka.

“Orang ramai mendambakan harapan. Mereka memerlukan Firman Tuhan, tetapi tiada sesiapa yang boleh memberitahu mereka. Itulah sebabnya saya memilih untuk berada di sini.”

George, Kenya

George membuka sebuah sekolah di Kibera untuk membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Dan, dia telah menemui cara memberi mereka sesuatu yang lain—akses kepada Firman Tuhan melalui Bible App Lite.

Aplikasi luar talian ini dibina untuk tempat seperti Kibera, supaya orang ramai dapat mengakses dan mendalami Alkitab di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Kebenaran kini tersebar ke tempat-tempat yang tidak dijangka.

Kini, George berkongsi Bible App Lite dengan semua orang di sekelilingnya dan aplikasi ini sedang mengubah seluruh komunitinya!

“Saya berkongsi Alkitab dengan semua orang yang saya kenal. Kini Alkitab tersebar ke banyak tempat. Komuniti ini sedang berubah kerana Firman Tuhan.”

Firman Tuhan sedang sampai kepada setiap bangsa, setiap suku, dan setiap insan. Tatkala anda meraikan perkara yang sedang dilakukan oleh Tuhan di seluruh dunia, renungkanlah Wahyu 7.

Baca Wahyu 7

Share this post:

Firman Tuhan boleh mengubah komuniti anda.

George membacakan ayat Alkitab kepada kanak-kanak kecil

Di Kenya, Kibera merupakan salah satu setinggan terbesar di dunia. Kehidupan di sini boleh terasa amat sukar untuk ditempuhi. Setiap hari ialah satu cabaran, dan ramai yang tidak nampak jalan keluar.

Firman Tuhan boleh mengubah komuniti anda.

“Orang ramai mendambakan harapan. Mereka memerlukan Firman Tuhan, tetapi tiada sesiapa yang boleh memberitahu mereka. Itulah sebabnya saya memilih untuk berada di sini.”

George, Kenya

George membuka sebuah sekolah di Kibera untuk membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Dan, dia telah menemui cara memberi mereka sesuatu yang lain—akses kepada Firman Tuhan melalui Bible App Lite.

Aplikasi ini dibina untuk tempat seperti Kibera, supaya orang boleh mengakses dan mendalami Alkitab secara luar talian.

Firman Tuhan boleh mengubah komuniti anda.

Kini, George berkongsi Bible App Lite dengan semua orang di sekelilingnya dan aplikasi ini sedang mengubah seluruh komunitinya!

“Saya berkongsi Alkitab dengan semua orang yang saya kenal. Kini Alkitab tersebar ke banyak tempat. Komuniti ini sedang berubah kerana Firman Tuhan.”

Hayati Firman Tuhan secara luar talian, di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dengan Bible App Lite.

Cuba Bible App Lite

Share this post:

Alkitab Ada di Mana-mana

Alkitab Ada di Mana-mana

Times Square. Piccadilly Circus. Osaka.

Pada bulan ini, kami meraikan Firman Tuhan dengan cara yang menarik! Yang berikut ialah beberapa tempat yang meraikan Alkitab hari ini…

Alkitab Ada di Mana-mana
Alkitab Ada di Mana-mana
Alkitab Ada di Mana-mana

Menyorotkan Alkitab di lokasi yang ikonik ini mewujudkan peluang yang hebat untuk menggalakkan orang untuk kembali kepada Firman Tuhan—atau menerokainya buat kali pertama.

Perayaan ini berlangsung di seluruh dunia, dan anda boleh menjadi sebahagian daripadanya.

Setiap kali anda membuka Alkitab, anda menjemput kebenaran Firman Tuhan untuk mengubah anda.

Buka Aplikasi

Share this post:

Terokai aplikasi Alkitab ini sepanjang Bulan Alkitab Sedunia…

Raikan Bulan Alkitab Sedunia

Tahukah anda bahawa YouVersion mempunyai Keluarga Aplikasi Alkitab? Daripada kanak-kanak, remaja, sehingga orang dewasa—setiap orang mendekati Firman Tuhan secara berbeza. Itulah sebabnya kami mencipta aplikasi yang disesuaikan untuk pelbagai demografi dan kawasan.

Terokai aplikasi Alkitab yang paling sesuai untuk anda!

Memperkenalkan: Bible Loop

Bible Loop merupakan ahli terbaru dalam Keluarga Aplikasi kami! Dicipta untuk remaja, Bible Loop menawarkan aktiviti yang menarik, ciri interaktif, dan permainan untuk menghafal serta mengingati ayat Alkitab. Jika anda seorang remaja, atau mempunyai remaja dalam hidup anda, jangan terlepas aplikasi ini.

App Store | Google Play

App Alkitab untuk Kanak-kanak

Aplikasi ini khas untuk kanak-kanak dalam hidup anda. Dalam Bible App for Kids, anda akan menemui kisah Alkitab yang menyeronokkan dan permainan interaktif yang dicipta untuk membantu kanak-kanak menyayangi Tuhan dan Firman-Nya.

App Store | Google Play

App Alkitab

Kenali aplikasi Alkitab #1 yang paling banyak dimuat turun di dunia! Dengan akses kepada lebih daripada 3,500 terjemahan, 2,300 bahasa, dan beribu-ribu Pelan Alkitab, tidak pernah semudah ini untuk menghabiskan masa dengan Firman Tuhan mengikut cara yang sesuai untuk anda.

App Store | Google Play

Apl Bible Lite

Bible App Lite membolehkan anda mengalami Firman Tuhan di luar talian, di mana-mana, pada bila-bila masa. Aplikasi ini tersedia di kawasan tertentu sahaja.

Google Play

Sertai Cabaran 30 Hari dengan memuat turun salah satu aplikasi ini! Bermula 1 November, gunakan Bible App selama 30 hari berturut-turut untuk memperoleh Lencana Bulan Alkitab Sedunia yang eksklusif.

Sertai Sekarang

Share this post:

Adakah anda bersedia untuk Bulan Alkitab Sedunia?

Email-Header-starts-tomorrow

Raikan Bulan Alkitab Sedunia

Esok, orang di seluruh dunia akan menyertai anda dalam Cabaran Alkitab 30 Hari!

Firman Tuhan berkuasa mengubah hidup. Bulan ini, bagaimana ia akan memberi kesan kepada hidup anda? Marilah kita hadir dengan bersemangat dan penuh harapan terhadap apa yang Tuhan akan lakukan bulan ini.

Bersedialah untuk Bulan Alkitab Sedunia dengan menyimpan Pelan 30 Hari.

Simpan Pelan

Share this post: