Dikirim pada 2024-02-02Pelan Bacaan – Februari 2024 Rut: Cerita tentang Kasih Penebusan Allah 7 hari Berkemungkinan salah satu cerita pendek yang paling menakjubkan sepanjang zaman, kitab Rut merupakan catatan tentang kasih penebusan Allah. Kitab Rut ialah cerita tentang cara Allah menggunakan kehidupan orang biasa untuk mengerjakan kehendak berdaulat-Nya. Dengan alegori kasih Kristus dan pengorbanan-Nya untuk umat-Nya yang indah, kita ditunjukkan tahap sanggup Allah untuk menebus anak-anak-Nya. Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete Briscoe 16 hari Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna. Hari Valentine 3 hari Hari Valentine mungkinlah masa yang rumit bagi sesetengah daripada kita. Kita mungkin bujang dan ingin berpacaran sekarang ini, oleh itu, masa ini mungkin menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Sepanjang tiga hari seterusnya, walau apa pun status hubungan anda, benarkan kami untuk menggalakkan hati anda dengan kasih Allah yang BESAR, TIDAK BERSYARAT, TENANG BERDIAM. Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi Anda 5 hari Adakah anda berjuang demi orang yang dikasihi dan menunjukkan kepada orang lain betapa berharganya mereka itu kepada Allah? Dalam pelan bacaan 5 hari berdasarkan buku Hosanna Wong, How (Not) to Save the World ini, ketahui bohong yang menghalang anda daripada mengasihi orang lain sebagaimana yang dipanggil oleh Allah. Luangkan masa untuk menerokai jemputan Yesus untuk mengenali Dia dan berkongsi Dia dengan orang lain melalui pengalaman tersendiri anda. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Februari) 28 hari Bahagian 2 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 2 merangkumi kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, dan Galatia.
Dikirim pada 2024-01-02Pelan Bacaan – Januari 2024 Kehidupan Terubah: Pada Tahun Baru 4 hari Setiap Tahun Baru disertai peluang baru untuk permulaan yang baru. Jangan membiarkan tahun ini menjadi setahun lagi yang bermula dengan matlamat yang tidak dapat dicapai. Pelan 4 hari ini akan memimpin anda membuat renungan dan memberikan anda perspektif yang baru supaya anda boleh menjadikan tahun ini tahun anda yang terbaik setakat ini. Tahun Baru, Allah yang Sama 4 hari Tahun baru sudah sampai dan disertai matlamat serta azam baru yang ingin dicapai. Setiap sesuatu dalam dunia ini telah berubah; walau bagaimanapun, kita mempunyai Allah maha kuasa yang sama, yang dapat memberikan kita tahun yang diberkati. Sertai saya untuk 4 hari seterusnya yang akan membantu kita memulakan tahun ini dengan tujuan. Tahun Baru: Memulakan Hidup Baru 5 hari Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yang terbaik setakat ini bermula dengan kesedaran bahawa anda telah diperbaharui melalui Yesus. Jalanilah hidup yang baru pada tahun baru ini! Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru Anda 5 hari Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda. Pelan ini akan berkongsi dorongan dan inspirasi yang anda perlukan untuk menjalani tahun yang terbaik setakat ini. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Januari) 31 hari Bahagian 1 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 1 merangkumi kitab Lukas, Kisah Para Rasul, Daniel, dan Kejadian.