Anda komited kepada membaca Firman Tuhan selama 30 hari … dan anda tidak melakukannya seorang diri.
Anda menyertai lebih daripada 3,000,000 orang yang menyelami Alkitab pada bulan November ini.
Salah seorang daripadanya ialah Pamela.
Sejak kecil, Pamela mengalami banyak kesakitan, luka hati, dan persoalan tentang siapa dirinya itu. Pada waktu itulah dia menemui Alkitab dan Pelan tentang identiti.
“Firman Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa identiti saya telah pun diberikan oleh Yesus. Cuma saya belum menemukannya. Kebenaran itu mengubah segala-galanya.”
Pamela, MEXICO
Bulan Alkitab Sedunia mungkin akan berakhir, tetapi Firman Tuhan bukan untuk satu musim sahaja. Ia dimaksudkan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian anda sementara anda membenarkan Kebenaran untuk mengubah anda, sebagaimana ia telah mengubah hidup Pamela.
Jadi, teruskanlah! Terus berhubung dengan Tuhan melalui Firman-Nya, dan lihatlah apa yang akan Dia lakukan seterusnya…
Hantaran ini juga tersedia dalam:

