Amaran kandungan: cerita yang berikut mengandungi tema mencederakan diri dan kemurungan yang mungkin mencetuskan emosi sesetengah pembaca.

Ketika Alice berusia 16 tahun, dia berasa terperangkap kerana kesakitan dan kehilangan, dibebani kemurungan dan kesepian.
Dengan rasa putus asa yang semakin berat, dia memutuskan untuk membunuh diri pada suatu malam. Pada ketika itulah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan berlaku.
Di atas belebas pangsapuri tingginya, tiba-tiba angin kencang menyebabkan dia jatuh ke belakang dan masuk semula ke dalam biliknya dan bukannya ke hadapan.
Terbaring di atas lantai, terpegun dan menangis, Alice menerima mesej daripada jirannya yang menjemputnya ke gereja. Dia bersetuju untuk pergi, dan di situlah dia mula-mula mengenali Bible App.

Dia memulakan satu Pelan Alkitab dan melaluinya, dia mengalami harapan dan menyerahkan hidupnya kepada Yesus.
Hari ini, Alice mencipta dan menerbitkan Pelan Alkitab sebagai Rakan Kongsi YouVersion melalui aplikasi yang sama yang telah memperkenalkannya kepada Yesus. Dia bukan sahaja dipenuhi harapan — dia menyebarkannya.
Adakah anda mengenali seseorang yang amat memerlukan Tuhan? Perkenalkan orang itu kepada Bible App, dan mintalah Dia agar memenuhi orang itu dengan harapan.
Hantaran ini juga tersedia dalam:
