Di Kenya, Kibera merupakan salah satu setinggan terbesar di dunia. Kehidupan di sini boleh terasa amat sukar untuk ditempuhi. Setiap hari ialah satu cabaran, dan ramai yang tidak nampak jalan keluar.
“Orang ramai mendambakan harapan. Mereka memerlukan Firman Tuhan, tetapi tiada sesiapa yang boleh memberitahu mereka. Itulah sebabnya saya memilih untuk berada di sini.”
George, Kenya
George membuka sebuah sekolah di Kibera untuk membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Dan, dia telah menemui cara memberi mereka sesuatu yang lain—akses kepada Firman Tuhan melalui Bible App Lite.
Aplikasi ini dibina untuk tempat seperti Kibera, supaya orang boleh mengakses dan mendalami Alkitab secara luar talian.
Kini, George berkongsi Bible App Lite dengan semua orang di sekelilingnya dan aplikasi ini sedang mengubah seluruh komunitinya!
“Saya berkongsi Alkitab dengan semua orang yang saya kenal. Kini Alkitab tersebar ke banyak tempat. Komuniti ini sedang berubah kerana Firman Tuhan.”
Hayati Firman Tuhan secara luar talian, di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dengan Bible App Lite.
Hantaran ini juga tersedia dalam:



