Dikirim pada 2020-12-202021-10-22Krismas Noel: Hari Natal adalah untuk Semua Orang 12 hari Selama 12 hari berikutnya, kita akan meneliti kisah Natal dan bukan sahaja menyedari sebab ia adalah cerita teragung yang pernah diceritakan, malah bagaimana hari Natal betul-betul untuk semua orang! Adven: Perjalanan ke Hari Natal 25 hari Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya. Perjalanan ke Palungan 25 hari Pada suatu malam yang sunyi 2,000 tahun lalu, malaikat membawa berita tentang kelahiran Penyelamat kepada sekumpulan gembala yang sedang menjaga ternakan mereka. Selepas mendengar berita itu, gembala tersebut meninggalkan segala sesuatu untuk mencari bayi dalam palungan di Betlehem. Setelah bertahun-tahun kemudian, jemputan itu tidak berubah. Sertai Dr. Charles Stanley semasa beliau membantu anda untuk mendekati Penyelamat dan mendorong anda untuk meluangkan masa untuk berehat dalam kasih Bapa pada musim ini. Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini 5 hari Ini adalah musim untuk bergirang, tetapi juga amat sibuk. Luangkanlah masa untuk berehat dan untuk penyembahan yang akan memelihara anda sepanjang kerja yang menggembirakan pada musim ini. Berdasarkan buku Unwrapping the Names of Jesus: An Advent Devotional, pelan renungan 5 hari ini akan memimpin anda untuk menerima rehat Yesus pada hari Natal ini dengan mengambil masa untuk mengingati kebaikan-Nya, menyatakan kekurangan anda, mencari ketenangan-Nya, dan mempercayai kesetiaan-Nya. Tidak Mengkhuatiri Apa-apa 7 hari Bagaimana kalau terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi kebimbangan yang tidak habis-habis yang menyebabkan anda tidak dapat tidur? Ketenangan sebenar sedia ada—barangkali lebih dekat daripada yang difikirkan anda. Gantikan panik dengan ketenangan melalui Pelan Alkitab 7 hari daripada Life.Church ini, disertakan bersama siri mesej Anxious for Nothing oleh Pastor Craig Groeschel.
Dikirim pada 2020-12-022021-12-08Menantikan Krismas Menantikan Krismas: Pelan Adven 5 Hari Menantikan Krismas: Pelan Adven 5 Hari 5 hari Acap kali, cuti berlalu sebelum kita sempat menumpukan perhatian untuk menyiapkan hati kita untuk Krismas. Adven adalah cara kita mengingati bahawa Allah telah datang untuk menyertai kita, masih menyertai kita, dan akan datang lagi. Sepanjang 5 hari seterusnya, kita akan meneliti empat tema Adven: harapan, kedamaian, kasih, dan sukacita. Kekuasaan-Nya akan terus bertambah; pemerintahan-Nya akan sentiasa aman. Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud, pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan dari sekarang hingga akhir zaman. TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini. YESAYA 9:6 Menantikan Krismas
Dikirim pada 2020-11-012021-10-11Pelan Bacaan – November 2020 Mazmur 31 hari Pembacaan kitab Mazmur adalah baik untuk dorongan yang mudah. Apabila anda menghadapi kesukaran, kitab Mazmur boleh bertindak sebagai penghiburan dan galakkan. Mengasihi Seperti Yesus 13 hari Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya. Berpacaran pada Zaman Moden 7 hari Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 hari berdasarkan buku Single. Dating. Engaged. Married. ini, Ben Stuart akan membantu anda melihat bahawa Allah mempunyai tujuan untuk musim dalam kehidupan anda ini, dan ia menawarkan beberapa prinsip panduan untuk membantu anda menentukan siapa dan bagaimana untuk berpacaran. Ben ialah pastor Passion City Church, Washington, DC, dan bekas pengarah eksekutif Breakaway Ministries, pengajian Alkitab mingguan yang dihadiri oleh ribuan pelajar kolej di kampus Texas A&M. Renungan Kesyukuran Harian Paul Tripp 12 hari Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.
Dikirim pada 2020-10-012021-10-11Pelan Bacaan – Oktober 2020 1 & 2 Petrus 4 hari Pelan yang mudah ini akan membawa anda melalui 1 & 2 Petrus dan akan menjadi pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John Piper 7 hari 7 Bacaan Renungan daripada John Piper mengenai Roh Kudus Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk Akal 13 hari Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal.
Dikirim pada 2020-09-012021-10-11Pelan Bacaan – September 2020 Berikan Makna kepada Pekerjaan Anda 4 hari Kebanyakan daripada kita menghabiskan 50 peratus daripada masa dewasa kita untuk bekerja. Kita hendak tahu bahawa pekerjaan kita adalah bermakna – bahawa pekerjaan kita itu adalah penting. Namun, tekanan, desakan dan kesusahan membuat kita rasa bahawa kerja adalah sukar – sesuatu yang perlu ditempuhi. Pelan bacaan ini akan membantu anda menyedari kuasa yang anda perlu pilih untuk makna yang positif bagi perkerjaan anda yang berurat berakar dalam iman. Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik Anda 7 hari Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin untuk dimulakan, keberanian untuk berhenti, seseorang untuk diperkasakan, sistem untuk dibina, hubungan untuk dimulakan, dan risiko yang perlu diambil. Musuh Hati 5 hari Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley membantu anda untuk meneliti diri anda untuk mengesan empat musuh biasa hati — rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan — dan mengajar anda cara menyingkirkannya. Menghapuskan Batu Kripton Bersama John Bevere 7 hari Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah terdapatnya batu kripton yang mencuri kekuatan anda. Pelan ini akan membantu anda menyingkirkan batu kripton rohani daripada kehidupan anda, supaya anda dapat memenuhi potensi anda yang telah diberikan oleh Allah dan mendakap hidup tanpa batasan.