Dikirim pada 2020-04-012021-10-11Pelan Bacaan – April 2020 Mengapa Paskah? 5 hari Apakah yang penting tentang Paskah? Mengapakah ada begitu banyak minat dalam seseorang yang dilahirkan 2,000 tahun lalu? Mengapakah begitu banyak orang berasa teruja tentang Yesus? Mengapakah kita memerlukan-Nya? Mengapakah Dia datang? Mengapakah Dia mati? Mengapakah sesiapa pun harus bersusah payah mendapat tahu? Dalam pelan 5 hari ini, Nicky Gumbel berkongsi jawapan yang menambat perhatian kepada soalan tersebut. Yesus: Panji Kemenangan Kita 7 hari Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita. Kisah Easter 7 hari Bagaimanakah anda menjalani hidup jika diketahui itu minggu terakhir anda? Minggu terakhir Yesus di dunia dalam kemanusiaanNya dipenuhi detik-detik istimewa, penggenapan nubuatan, doa yang intim, perbincangan mendalam, tindakan simbolik, dan kejadian yang mengubah dunia. Pelan bacaan ini bermula pada hari Isnin sebelum Easter. Anda akan membaca kisah Minggu Suci melalui petikan dari keempat kitab Injil. Yohanes 10 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Yohanes dari permulaan hingga akhir.
Dikirim pada 2020-03-012021-10-11Pelan Bacaan – Mac 2020 Collective: Menemukan Kehidupan Bersama-sama 7 hari Apabila anda mencapai umur 18 tahun, anda rasa bahawa anda telah memahami kehidupan anda. Namun, bagaimana kalau anda tidak memahaminya? Bagaimana kalau keadaan yang difikirkan anda bukanlah keadaan anda sekarang? Anda tidak bersendirian. Marilah kita sama-sama memahami persoalan terbesar kehidupan dalam Pelan Alkitab selama 7 hari oleh Collective ini, satu pengajian untuk golongan belia daripada Life.Church. Perjalanan Perjanjian Baru 60 Hari 60 hari Pelan bacaan Alkitab ini akan membimbing anda menerusi Perjanjian Baru dalam 60 hari. Banyak buku akan memberikan anda maklumat, tetapi Alkitab memiliki kuasa untuk mengubah anda. Bacalah pilihan harian dan anda akan berasa kagum dengan kuasa, wawasan dan transformasi yang akan berlaku dalam kehidupan anda. Markus 8 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Markus dari permulaan hingga akhir. The Quest (Pencarian) 7 hari Dalam pelan bacaan 7 hari ini, Beth Moore menggunakan soalan daripada Alkitab untuk memimpin anda kepada keintiman dengan yang Satu yang mengenali anda dengan baik sekali. Tanda baca yang melengkung pada hujung ayat membayangkan sifat ingin tahu, minat, dan mungkin juga keraguan. Satu soalan merupakan jemputan ke arah kerentanan, ke arah keintiman. Alkitab tidak mengelak daripada jemputan tersebut. Berkali-kali kita melihat umat Allah menanya soalan tentang Pencipta mereka. Kita juga melihat Allah alam semesta mengajukan soalan kepada ciptaan-Nya. The Quest (Pencarian) merupakan cabaran untuk menerima jemputan tersebut. Belajar mendalami Firman, memberikan respons terhadap soalan Allah, dan membawa soalan anda kepada-Nya. Biarlah tanda soal menjadi peta yang mengarahkan anda kepada hubungan yang lebih rapat dengan Bapa.
Dikirim pada 2020-02-012021-10-11Pelan Bacaan – Februari 2020 Gelisah 3 hari “Hati kami yang gelisah hanya mendapat ketenangan dalam-Mu.” Belum pernah orang yang begitu banyak mengalami kegelisahan yang digambarkan oleh Augustine dalam ayat terkenal ini. Namun, apakah penyelesaian kekurangan ketenangan sebenar kita? Pelan tiga hari ini akan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penyelesaiannya terletak dalam melihat amalan kuno hari Sabat melalui kanta yang berbeza—melalui kanta “Mu”—Yesus—sumber utama ketenangan kita. Tuntunan Ilahi 7 hari Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain. Doa 21 hari Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa. 40 Hari Pra-Paskah 47 hari Pra-Paskah sentiasanya masa untuk mengalihkan perhatian kita kepada semua yang telah dilakukan untuk kita pada salib dalam Kristus.Karunia mewah ini boleh direnungkan tahun demi tahun, dan masih membuat kita tertanya-tanya dalam kekaguman.Melalui pelan bacaan ini, anda akan menerokai kisah-kisah injil mengikut kronologi, menjejak perjalanan Yesus pada minggu terakhir-Nya dalam pelayanan-Nya di bumi. Pelan ini adalah sepanjang 47 hari, tetapi tujuh hari Ahad adalah rehat berdasarkan tradisi.
Dikirim pada 2020-01-012021-10-04Pelan Bacaan – Januari 2020 Tabiat 6 hari Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alkitab Life.Church ini menelusuri Alkitab dengan akronim yang mudah untuk membentuk tabiat harian yang baik dan menjadi kebiasaan. Tahun Baru, Rahmat Baru 15 hari Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila “pengubahsuaian tingkah laku” atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari. Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada Yesus 7 hari Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan yang besar sahaja, ataupun untuk orang yang sangat rohaniah? Ketakutan, kegagalan lalu, dan salah faham boleh menahan kita. “Pergilah Lakukan Katakan Berilah” merupakan janji/doa yang memunggah cara mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan rohani anda. Alamilah kebebasan yang terhasil daripada mengikuti Yesus. 21 hari berpuasa 21 hari Mulakan hari anda dengan memfokuskan diri kepada ciri kerohanian dalam berpuasa. Pelan ini mempunyai beberapa petikan mengenai puasa dan lain-lain yang mempengaruhi kepada refleksi dan pendekatan diri kepada Allah. Selama 21 hari, anda akan diberikan pembacaan alkitab harian, renungan ringkas, soalan refleksi dan doa-doa yang berkaitan.