Dikirim pada 2021-05-012021-10-14Pelan Bacaan – Mei 2021 Keyakinan 4 hari Allah mahu anda MENGETAHUI bahawa anda telah diselamatkan dan akan ke syurga! Keyakinan anda bertambah melalui pertemuan dengan Allah dan merenungkan Firman-Nya. Ayat-ayat berikut, apabila dihafal, boleh membantu anda tetap yakin dengan Allah sepanjang hayat anda. Biarlah kehidupan anda diubah dengan penghafalan ayat Alkitab! Untuk sistem penghafalan ayat Alkitab yang menyeluruh, layari MemLok.com Roma 8 hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui surat Paulus kepada jemaah di Roma. Ia sesuai sekali untuk kajian individu mahupun sekumpulan. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mei) 31 hari Bahagian 5 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 5 merangkumi kitab 1 dan 2 Korintus, Ulangan, dan Yosua. Menemukan Jalan Kembali kepada Allah 5 hari Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui.
Dikirim pada 2021-04-012021-10-14Pelan Bacaan – April 2021 Doa Yesus 5 hari Kita menyedari kepentingan komunikasi dalam hubungan, dan hubungan kita dengan Allah tidak terkecuali. Allah ingin kita berkomunikasi dengan-Nya dalam doa—satu disiplin yang diamalkan oleh anak-Nya, Yesus, juga. Dalam pelan ini, anda akan mempelajari daripada contoh Yesus, dan dicabar untuk melangkah keluar daripada trafik kehidupan dan mengalami sendiri kekuatan dan pimpinan yang diberikan doa. Yohanes 10 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Yohanes dari permulaan hingga akhir. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (April) 30 hari Bahagian 4 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 4 merangkumi kitab Matius dan Ayub. Doa yang Berbahaya 7 hari Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig Groeschel, Dangerous Prayers, dari Life.Church ini, mencabar anda untuk berdoa secara berbahaya—kerana mengikuti Yesus tidak pernah bermaksud bersifat selamat.
Dikirim pada 2021-03-312021-06-08Pelan Bacaan – Mac 2021 Kekhuatiran 7 Hari Kehidupan kita mudah dipenuhi kekhuatiran dan kebimbangan terhadap hal yang tidak diketahui. Namun Allah memberikan kita Roh keberanian, bukan ketakutan dan kekhuatiran. Pelan tujuh-hari ini akan membantu anda berpaling kepada Allah dalam setiap situasi. Akhir muktamad kekhuatiran sepatutnya adalah belajar menaruh kepercayaan dalam Allah. Mengucapkan Hidup 6 Hari Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah kita menilai kuasa penting yang terkandung dalam kata-kata kita. Disembuhkan oleh Yesus 6 Hari Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dalam Pelan ini, kita akan menemukan harapan dan dorongan semasa kita mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita. Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian! 8 hari Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian’s Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt. ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian 5 Hari Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, anda akan meneliti Firman dan menemukan kejelasan serta arah untuk menetapkan matlamat yang dibangkitkan oleh kasih kurnia!
Dikirim pada 2021-03-152021-06-15Ayat-ayat Alkitab yang popular – Mac 2021 – Tetapi jika mereka berdoa kepada-ku … Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri. 2 TIMOTIUS 1:7 Apabila Aku menahan hujan, atau menyuruh belalang memakan habis tanaman, atau mendatangkan wabak kepada umat-Ku, tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula. 2 TAWARIKH 7:13-14 Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.Aku akan menguatkan dan menolong kamu;Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu. YESAYA 41:10 Masuklah ke dalam rumah kamu, hai bangsaku, dan tutuplah pintu. Bersembunyilah seketika, sehingga kemurkaan Allah sudah reda. TUHAN akan datang dari tempat kediaman-Nya di syurga untuk menghukum manusia di bumi kerana dosa mereka. Pembunuhan yang dilakukan secara rahsia di bumi akan terbongkar, dan kubur pun tidak lagi menyembunyikan mereka yang telah dibunuh. YESAYA 26:20-21 Namun harapanku bangkit kembaliapabila aku teringat akan perkara ini:Kasih TUHAN abadi danrahmat-Nya tidak berkesudahan;selalu baru setiap pagi,sesungguhnya Dia setia!TUHAN sahaja yang aku punyai,oleh itu aku berharap kepada-Nya. RATAPAN 3:21-24 Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya. YAKOBUS 1:12 Jangan lupa berbuat baik dan saling menolong, kerana perkara itu seperti korban yang menyenangkan hati Allah. IBRANI 13:16 Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi,orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa,dapat berkata kepada-Nya,“Engkaulah pembelaku dan pelindungku.Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu.” MAZMUR 91:1-2
Dikirim pada 2021-03-012021-10-14Pelan Bacaan – Mac 2021 Menemukan Kedamaian 10 hari Adakah anda inginkan kedamaian lagi dalam kehidupan anda? Adakah anda harap ketenangan adalah lebih daripada keinginan sahaja? Anda boleh memperoleh kedamaian sebenar tetapi hanya daripada satu sumber sahaja—Allah. Sertai Dr. Charles Stanley yang menunjukkan kepada anda jalan ke arah ketenangan fikiran yang mengubah kehidupan, memberikan anda alat untuk menyelesaikan kekesalan lalu, menghadapi kerisauan sekarang ini, dan mengurangkan kekhuatiran tentang masa depan. Mengejar Kedamaian 7 hari Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar. Kedamaian Allah 4 hari Firman Allah memberitahu kita bahawa Dia memberikan kedamaian “yang tidak mungkin difahami” (Filipi 4:7). Dalam pengajian empat hari ini, anda dan anak anda akan memerhati lingkungan hidup di mana kita boleh mengalami kedamaian itu. Setiap hari termasuk peringatan untuk berdoa, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan soalan perbincangan. Oswald Chambers: Kedamaian – Kehidupan dalam Roh 30 hari Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda. Ibrani 1 minggu Pelan yang mudah ini akan membawa anda melalui kitab Ibrani dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Harapan yang Hidup: Hitung Undur ke Hari Paska 3 hari Apabila kegelapan menyelubungi anda, bagaimanakah anda harus memberikan respons? Sepanjang 3 hari seterusnya, mengasyikkan diri dengan cerita hari Paska dan menyedari bagaimana berpaut pada harapan semasa anda berasa ditinggalkan, bersendirian, atau tidak layak.