Dikirim pada 2021-02-012021-10-14Pelan Bacaan – Februari 2021 Tuntunan Ilahi 7 hari Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain. Doa 21 hari Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa. Doa yang Berbahaya 7 hari Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig Groeschel, Dangerous Prayers, dari Life.Church ini, mencabar anda untuk berdoa secara berbahaya—kerana mengikuti Yesus tidak pernah bermaksud bersifat selamat. Bagaimana Memulakan Bacaan Alkitab 4 hari Berterus-teranglah: kita sedar bahawa membaca Alkitab adalah idea yang baik, tetapi agak sukar untuk mengetahui cara memulakannya. Sepanjang empat hari seterusnya, kita akan belajar mengapa Alkitab itu penting, bagaimana memulakan tabiat membaca setiap hari, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.
Dikirim pada 2021-01-312021-06-07Pelan Bacaan – Januari 2021 Elisa: Kisah Iman yang Tidak Masuk Akal 13 Hari Elisa merupakan salah seorang yang paling menarik dalam firman Allah. Dia ialah nabi di mana iman dan mukjizatnya kelihatan hampir tidak masuk akal. Sepanjang pelan bacaan 13 hari ini, anda akan membaca tentang kehidupan Elisa dan belajar daripada contohnya tentang kehidupan apabila anda berserah dan memutuskan untuk hidup dengan iman yang tidak masuk akal. Doa 21 hari Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa. Doa Yesus 5 Hari Kita menyedari kepentingan komunikasi dalam hubungan, dan hubungan kita dengan Allah tidak terkecuali. Allah ingin kita berkomunikasi dengan-Nya dalam doa—satu disiplin yang diamalkan oleh anak-Nya, Yesus, juga. Dalam pelan ini, anda akan mempelajari daripada contoh Yesus, dan dicabar untuk melangkah keluar daripada trafik kehidupan dan mengalami sendiri kekuatan dan pimpinan yang diberikan doa. Apakah Itu Kasih Sejati? 12 Hari Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian yang paling penting. Pelan daripada Thistlebend Ministries ini meneroka makna alkitabiah kasih dan cara untuk lebih mengasihi Allah dan orang lain. Matlamat Hubungan 7 Hari Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis oleh mereka yang telah lama berkahwin, yang masih bujang, dan yang baru berkahwin, akan menunjukkan bentuk kasih yang boleh diberikan oleh Allah bagi semua hubungan kita. Yesus, Saya Memerlukan Engkau 2 Hari Adakah anda merasakan keperluan mendalam anda akan Yesus? Pelan dua hari untuk doa ini direka bentuk demi membaiki masa teduh anda dengan-Nya dan membantu anda berseru pada-Nya. Ia juga bertindak sebagai rakan doa kepada siri lapan bahagian “Yesus, Saya Memerlukan Engkau” oleh Thistlebend Ministries.
Dikirim pada 2021-01-012021-10-14Pelan Bacaan – Januari 2021 ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian 5 hari Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, anda akan meneliti Firman dan menemukan kejelasan serta arah untuk menetapkan matlamat yang dibangkitkan oleh kasih kurnia! Mengucapkan Hidup 6 hari Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah kita menilai kuasa penting yang terkandung dalam kata-kata kita. Kursus Pra-Perkahwinan 5 hari Perkahwinan yang kuat tidak terbentuk secara automatik. Harapan kami adalah anda akan menyedari sikap, nilai dan tabiat yang diperlukan untuk membina perkahwinan yang sihat dan kuat, yang akan kekal sepanjang hayat. Pelan 5 hari ini diadaptasi daripada Kursus Pra-Perkahwinan yang dihasilkan oleh Nicky dan Sila Lee, penulis The Marriage Book. Impian Ditebus 7 hari Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.