Sekarang anak-anak anda dapat menghayati Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak dalam Bahasa Melayu!

Hari ini, bersama dengan rakan kongsi kami, OneHope, dengan sukacita kami mengumumkan pelancaran Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak dalam Bahasa Melayu. Sekarang, lebih ramai kanak-kanak berpeluang untuk menikmati pengalaman Alkitab yang tersendiri.

Cara-cara untuk menukar bahasa adalah sangat mudah, fungsi ini terdapat dalam tetapan aplikasi:

  1. Pastikan anda telah mengemaskini aplikasi anda kepada versi yang terkini.
  2. Lancarkan aplikasi dan tekan ikon gear () untuk membuka Tetapan.
  3. Tekan Bahasa dan pilih Bahasa yang anda mahu.

Audio akan dimainkan dalam bahasa tersebut, dan teks akan muncul dalam bahasa itu juga!

Raikanlah berita gembira ini bersama-sama kami!

FacebookKongsi
TwitterTweet
EmelEmel


Tentang App Alkitab untuk Kanak-kanak

Dibangunkan dengan kerjasama OneHope, App Alkitab untuk Kanak-kanak adalah daripada YouVersion, pembuat aplikasi Alkitab. Direka untuk memberi kanak-kanak satu penghayatan Alkitab tersendiri yang penuh, App Alkitab untuk Kanak-kanak telah dimuat turun dalam melebihi 22 juta peranti Apple, Android, dan Kindle, dan aplikasi ini adalah sentiasa percuma. Kanak-kanak dari seluruh dunia menikmati App Alkitab untuk Kanak-kanak dalam 37 bahasa — kini termasuk Bahasa Melayu!

App Store Google Play Amazon