Dikirim pada 2024-09-30Pelan Bacaan – Oktober 2024 Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-Nya 7 hari Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell. Benih: Apa dan Mengapa 4 hari Benih ada di semua tempat. Kata-kata anda, wang anda, anak anda termasuk anda, diri anda ialah benih! Bagaimanakah benih tersebut berfungsi dan mengapakah ini penting bagi kita? Marilah kita lihat apa yang dikatakan dalam Alkitab dan membongkar bagaimana ini boleh diterapkan dalam hidup kita untuk mendekatkan kita kepada Allah dan tujuan-Nya bagi kita. Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut Kehidupan 10 hari Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan. Pelayanan Kecemerlangan 3 hari Terdapat banyak sebab untuk mengejar kecemerlangan dalam kerja kita: Kecemerlangan memajukan kerjaya kita, memberikan kita pengaruh, dan boleh membawa kepada peluang berkongsi injil. Namun, seperti yang akan ditunjukkan oleh pelan tiga hari ini, kita harus mengejar kecemerlangan untuk sebab yang jauh lebih penting—kerana kecemerlangan ialah cara yang terbaik untuk mencerminkan sifat Allah dan kasih serta melayani jiran kita sebagaimana kita mengasihi diri melalui kerja pilihan kita. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Oktober) 31 hari Bahagian 10 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 10 merangkumi kitab Pengkhotbah, Yohanes, Yeremia, dan Ratapan.
Dikirim pada 2024-09-01Pelan Bacaan – September 2024 Mencari Allah Melaluinya 10 hari Kemurungan. Kebimbangan. Pencetus dan peristiwa yang traumatik memberikan kesan mental, emosi, dan rohani pada diri kita. Pada waktu ini, mencari Allah kelihatan sukar dan tidak diperlukan. Pelan “Mencari Allah Melaluinya” bertujuan menggalakkan anda dan mengajar anda bagaimana bersikap proaktif dalam kehadiran Allah supaya anda boleh mengalami kedamaian Allah, walau apa pun situasi anda. Menempuh Masa Susah 4 hari Menghadapi situasi yang sukar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Namun, dalam Pelan 4 hari yang pendek ini, kita akan mendapat galakan daripada pengetahuan bahawa kita tidak keseorangan, bahawa Allah ada tujuan untuk penderitaan kita, dan bahawa Allah akan menggunakannya untuk tujuan-Nya yang lebih besar. Firman Allah untuk Setiap Keperluan 5 hari Hidup ini mungkinlah susah dan semasa anda berhadapan dengan cabaran dan memerlukan dorongan, tempat yang terbaik untuk ditujui ialah Firman Allah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang memanglah sukar untuk mengetahui bahagian yang harus dirujuk. Firman Allah untuk Setiap Keperluan termasuk ayat Alkitab yang penting bagi setiap pelajar Firman semasa mengalami pergolakan hidup. Bergantunglah pada Allah untuk menolong anda mengharungi waktu yang susah. Terpilih – Mendedahkan Wanita dalam Kristus 3 hari Sebagai wanita, kita sering mendapati diri menjugel banyak peranan dalam hidup. Namun, di tengah-tengah kesibukan ini, memanglah penting untuk mengingati jati diri kita: Perempuan Pilihan Allah, ataupun Wanita dalam Kristus. Identiti ini merupakan dasar hidup kita, membentuk hubungan kita dengan Allah dan orang lain. Sertai kami sepanjang tiga hari seterusnya semasa kami membongkar identiti ini dengan lebih mendalam! Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (September) 30 hari Bahagian 9 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 9 merangkumi kitab Nehemia, Ester, 1 dan 2 Timotius, Yoel, Amos, Obaja, Nahum, Habakuk, Zefanya, Titus, Filemon, Yakobus, Hagai, Zakharia, dan Maleakhi.
Dikirim pada 2024-08-01Pelan Bacaan – Ogos 2024 21 Hari Sehingga Kelimpahan 21 hari Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan! Bangkitlah dan Bersinarlah 5 hari Kita sering berkata, “Serahkan beban kamu kepada Allah.” Pernahkah anda tertanya-tanya: Bagaimanakah saya melakukan itu? Keremukan dunia rasa terlalu berat. Meskipun anda ingin sangat untuk menyinarkan cahaya Yesus, anda tertanya-tanya rupanya berbuat demikian sementara anda sendiri bergelut untuk melihat cahaya itu. Renungan ini meneliti bagaimana kita boleh menjadi cahaya untuk Yesus walaupun dunia kita kelihatan gelap. Bertumbuh dalam Kasih 5 hari Hal yang betul-betul penting ialah mengasihi Allah dan orang lain, tetapi bagaimanakah kita berbuat demikian secara berkesan? Sebenarnya, kita tidak dapat mengasihi orang lain dengan baik dengan kuasa sendiri. Namun, apabila kita memandang Allah dan merendahkan diri, kita boleh hidup daripada kasih Allah yang autentik dan berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang bertumbuh dalam kasih dalam Pelan Alkitab 5 hari daripada Pastor Amy Groeschel ini. Menyembah Allah 6 hari Setiap bacaan harian memberikan wawasan tentang cara menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan dan akan mengilhami pembaca untuk menumpukan hati mereka sepenuhnya pada hubungan mereka dengan Kristus. Renungan ini adalah berdasarkan buku R. T. Kendall, Worshipping God. (R. T. Kendall merupakan pastor Westminster Chapel di London, England, selama 25 tahun.) Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Ogos) 31 hari Bahagian 8 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 8 merangkumi kitab 1 dan 2 Tawarikh, 1 dan 2 Tesalonika, dan Ezra.
Dikirim pada 2024-07-01Pelan Bacaan – Julai 2024 Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya 8 hari Ini merupakan minggu pertama daripada siri tujuh minggu yang membantu anda mengharungi kebimbangan sementara berpegang pada kebenaran alkitabiah dan janji Allah. Pelan lapan hari ini memberikan dorongan dan aplikasi praktikal untuk menjajarkan hati dan fikiran anda dengan kasih Yesus di tengah-tengah kebimbangan. Janji minggu ini: Allah menyertai saya. Mengasihi dan Terus Mengasihi 3 hari Meraikan kasih melewati tarikh tertentu; meraikan kasih merupakan hidup yang sentiasa mengingatkan orang lain bahawa kasih Allah datang untuk menyembuh, memulih, dan memberikan kita hidup yang mengkhabarkan kebaikan-Nya. Saya menjemput anda untuk menyelami kajian tiga hari ini tentang apa yang dilambangkan oleh kasih dan rupanya mengasihi orang lain menurut kehendak Allah. Jangan Bimbangkan Apa Pun 5 hari Pengarang laris Max Lucado menerokai rancangan rawatan Allah bagi kebimbangan yang terkandung dalam Filipi 4:4-8. Semasa anda mengikuti preskripsi ini – meraikan kebaikan Allah, meminta pertolongan-Nya, menyerahkan kekhuatiran anda kepada-Nya, dan merenungi perkara yang baik – anda akan mengalami kesejahteraan Allah. Sementara kebimbangan ialah sebahagian daripada hidup, kebimbangan tidak perlu menguasai hidup anda. Memberikan Semuanya…Dan Mendapat Semuanya Semula 9 hari Dipetik daripada buku Giving It All Away…and Getting It All Back Again, David Green, pengasas dan CEO Hobby Lobby, berkongsi bahawa hidup yang murah hati memberikan ganjaran yang terbaik dari segi peribadi, menawarkan legasi yang kukuh kepada keluarga anda, dan mengubah orang yang berhubungan dengan anda. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Julai) 31 hari Bahagian 7 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 7 merangkumi kitab 2 Samuel, 1 dan 2 Raja-raja, dan Markus.
Dikirim pada 2024-06-01Pelan Bacaan – Jun 2024 Memahami Hidup Anda 3 hari Hidup ini tidak dapat diduga dan mengelirukan, meskipun ketika kita melayani Allah. Ada kalanya keadaan kelihatan tidak terkawal, meninggalkan kita tertanya-tanya apa yang sedang berlaku! Jika anda pernah rasa seperti ini atau bingung, siri renungan yang baru daripada Pastor Jim Cymbala ini adalah sesuai bagi anda! Menyenangkan Hati Allah 5 hari Raja Daud digambarkan dalam Perjanjian Baru sebagai seorang yang menyenangkan hati Allah, maksudnya Daud menjajarkan hatinya dengan hati Allah. Semasa kita menyelidiki kehidupan Daud, matlamat siri ini ialah menganalisis perkara yang dilakukan oleh Daud dalam 1 & 2 Samuel demi membentuk hati kita menurut hati Allah dan menyerupai keamatan fokus dan semangat yang ditunjukkan oleh Daud sepanjang hidupnya. Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti Anda 10 hari Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan menolong anda dalam perjalanan mengetahui identiti sebenar anda. SATU PERKARA 7 hari Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Jun) 30 hari Bahagian 6 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 6 merangkumi kitab Efesus, Filipi, Kolose, Yunus, Hakim-hakim, Rut, dan 1 Samuel.