Dikirim pada 2020-08-012021-10-11Pelan Bacaan – Ogos 2020 Menemukan Kedamaian 10 hari Adakah anda inginkan kedamaian lagi dalam kehidupan anda? Adakah anda harap ketenangan adalah lebih daripada keinginan sahaja? Anda boleh memperoleh kedamaian sebenar tetapi hanya daripada satu sumber sahaja—Allah. Sertai Dr. Charles Stanley yang menunjukkan kepada anda jalan ke arah ketenangan fikiran yang mengubah kehidupan, memberikan anda alat untuk menyelesaikan kekesalan lalu, menghadapi kerisauan sekarang ini, dan mengurangkan kekhuatiran tentang masa depan. Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin Tercapai 7 hari Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots. Kepercayaan, Kesibukan, Dan Rehat 4 hari Alkitab memerintah kita untuk bekerja keras, tetapi ia juga memberitahu kita bahawa Allahlah—bukan kita—yang membuahkan hasil melalui kerja kita. Seperti yang akan ditunjukkan oleh pelan empat hari ini, profesional Kristian mesti menerima ketegangan antara “kepercayaan” dan “kesibukan” demi menemukan rehat Sabat yang sebenar. Efesus 3 hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui buku Efesus dan bagus untuk pengajian individu ataupun sekumpulan.
Dikirim pada 2020-07-012021-10-11Pelan Bacaan – Julai 2020 Penyangga Jalan: Mengelakkan Kekesalan dalam Kehidupan Anda 5 hari Penyangga jalan dipasang untuk mengelakkan kenderaan kita daripada memasuki kawasan berbahaya atau kawasan larangan. Kita kerap kali tidak melihatnya sehinggga kita memerlukannya—dan ketika itu kita rasa bersyukur kerana adanya penyangga jalan itu. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan dalam hubungan, kewangan, dan kerjaya kita? Apakah rupa penyangga jalan tersebut? Bagaimanakah ia mengelakkan kita daripada kekesalan masa hadapan? Sepanjang lima hari yang seterusnya, marilah menerokai bagaimana memasang penyangga jalan peribadi. Meluangkan Masa untuk Berehat 5 hari Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa pun yang tinggal untuk disumbangkan kepada orang yang dikasihi dan kepada matlamat yang ditetapkan. Marilah menghabiskan masa lima hari seterusnya untuk belajar tentang rehat dan bagaimana kita boleh memasukkan apa yang dipelajari dalam kehidupan kita. Segala Sesuatu yang Baru 5 hari Dalam perjalanan menyelidiki kitab 2 Korintus ini, Segala Sesuatu yang Baru meneliti teologi iman Paulus yang penuh bahaya dan cabaran di dunia ini dan panggilan Allah agar kita menjadi berani. Kelly Minter membantu kita memahami bagaimana perjalanan Kristian kelihatan bercanggahan dengan kecenderungan semula jadi kita, tetapi terbukti jauh lebih baik dan abadi. Dalam pelan bacaan lima hari ini, anda akan meneliti isu-isu seperti: bagaimana bertindak terhadap hubungan yang sukar, mengamanahkan Allah dengan reputasi anda, mengasaskan identiti anda pada Kristus, memahami tujuan penderitaan dan peruntukan Allah dalam penderitaan, dan bagaimana kita harus menjadi cahaya injil bagi dunia. Galatia 3 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab Galatia dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik.
Dikirim pada 2020-06-012021-10-11Pelan Bacaan – Jun 2020 1 Korintus 8 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda dalam penelitian kitab 1 Korintus dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Kebijaksanaan Radikal: Perjalanan 7 Hari untuk Kaum Bapa 7 hari Memang aneh bagaimana bapa kita membentuk kita. Tiada orang yang terlepas daripada kuasa dan pengaruh bapa duniawi mereka. Memandangkan kebanyakan lelaki rasa tidak bersedia untuk menjadi bapa, memanglah penting untuk mendapatkan bimbingan – daripada Alkitab dan daripada kaum bapa yang lain. Kebijaksanaan Radikal (Radical Wisdom) adalah satu perjalanan ke arah kebijaksanaan dan wawasan untuk para bapa, menggabungkan prinsip dan kebijaksanaan daripada Alkitab dengan pengalaman bapa yang lebih tua dan lebih matang yang telah belajar daripada kesilapannya. Tidak Goyah Bersama Lisa Bevere 6 hari Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia adalah seketul batu. Dalam lautan pendapat yang bergelora, pelan ini akan melabuhkan jiwa anda—memberikan anda hala tuju yang jelas di dunia yang berliku-liku ini. Kesibukan Kudus: Mengamalkan Kehidupan yang Bekerja Keras dan Berehat dengan Baik 10 hari Keseimbangan. Itulah yang kita inginkan dalam kehidupan kita apabila mendengar laungan “berusaha lebih kuat!” di telinga kanan, dan bisikan “berehat lama” di telinga kiri. Bagaimana jika rancangan Allah untuk kita bukan salah satu daripadanya sahaja? Alami kesibukan kudus—gaya hidup bekerja keras dan berehat dengan baik dalam cara yang memuliakan Allah.
Dikirim pada 2020-05-012021-10-11Pelan Bacaan – Mei 2020 Tidak Ditinggalkan: Menemukan Kebebasan sebagai Anak Lelaki & Anak Perempuan Seorang Bapa yang Sempurna 5 hari Louie Giglio, Pastor dan Pengasas Passion Movement, berkongsi dalam renungan 5 hari ini untuk memahami sifat Allah dalam cara yang mengubah kehidupan — sebagai seorang Bapa yang sempurna yang ingin anda berjalan secara bebas sebagai anak lelaki atau anak perempuan kesayangan-Nya. Rancangan Allah Bagi Kehidupan Anda 6 hari Apakah rancangan Allah bagi kehidupan anda? Ini adalah salah satu soalan kita yang paling biasa sebagai pengikut Kristus. Namun, jika kita berterus terang, idea rancangan Allah bagi kehidupan kita agak menenggelamkan. Sepanjang Pelan Alkitab 6 hari ini, kita akan mempelajari bahawa rancangan Allah tidak serumit yang kita kerap fikirkan, tetapi ia adalah jauh lebih baik daripada yang kita dapat bayangkan. 7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang Pengasuhan 7 hari Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda. Roma 8 hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui surat Paulus kepada jemaah di Roma. Ia sesuai sekali untuk kajian individu mahupun sekumpulan.
Dikirim pada 2020-04-012021-10-11Pelan Bacaan – April 2020 Mengapa Paskah? 5 hari Apakah yang penting tentang Paskah? Mengapakah ada begitu banyak minat dalam seseorang yang dilahirkan 2,000 tahun lalu? Mengapakah begitu banyak orang berasa teruja tentang Yesus? Mengapakah kita memerlukan-Nya? Mengapakah Dia datang? Mengapakah Dia mati? Mengapakah sesiapa pun harus bersusah payah mendapat tahu? Dalam pelan 5 hari ini, Nicky Gumbel berkongsi jawapan yang menambat perhatian kepada soalan tersebut. Yesus: Panji Kemenangan Kita 7 hari Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita. Kisah Easter 7 hari Bagaimanakah anda menjalani hidup jika diketahui itu minggu terakhir anda? Minggu terakhir Yesus di dunia dalam kemanusiaanNya dipenuhi detik-detik istimewa, penggenapan nubuatan, doa yang intim, perbincangan mendalam, tindakan simbolik, dan kejadian yang mengubah dunia. Pelan bacaan ini bermula pada hari Isnin sebelum Easter. Anda akan membaca kisah Minggu Suci melalui petikan dari keempat kitab Injil. Yohanes 10 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Yohanes dari permulaan hingga akhir.