Dikirim pada 2020-01-012021-10-04Pelan Bacaan – Januari 2020 Tabiat 6 hari Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alkitab Life.Church ini menelusuri Alkitab dengan akronim yang mudah untuk membentuk tabiat harian yang baik dan menjadi kebiasaan. Tahun Baru, Rahmat Baru 15 hari Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila “pengubahsuaian tingkah laku” atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari. Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada Yesus 7 hari Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan yang besar sahaja, ataupun untuk orang yang sangat rohaniah? Ketakutan, kegagalan lalu, dan salah faham boleh menahan kita. “Pergilah Lakukan Katakan Berilah” merupakan janji/doa yang memunggah cara mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan rohani anda. Alamilah kebebasan yang terhasil daripada mengikuti Yesus. 21 hari berpuasa 21 hari Mulakan hari anda dengan memfokuskan diri kepada ciri kerohanian dalam berpuasa. Pelan ini mempunyai beberapa petikan mengenai puasa dan lain-lain yang mempengaruhi kepada refleksi dan pendekatan diri kepada Allah. Selama 21 hari, anda akan diberikan pembacaan alkitab harian, renungan ringkas, soalan refleksi dan doa-doa yang berkaitan.
Dikirim pada 2019-11-012021-10-04Pelan Bacaan – November 2019 Mazmur 31 hari Pembacaan kitab Mazmur adalah baik untuk dorongan yang mudah. Apabila anda menghadapi kesukaran, kitab Mazmur boleh bertindak sebagai penghiburan dan galakkan. Oswald Chambers: Sukacita – Kekuatan di dalam Tuhan 30 hari Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah. Mencari Hati Tuhan Setiap Hari – Kebijaksanaan 5 hari Mencari Hati Tuhan Setiap Hari adalah pelan bacaan 5 hari yang bertujuan mendorong, mencabar, dan membantu kita sepanjang kehidupan sehari-hari. Seperti yang dikatakan Boyd Bailey, “Carilah Dia walaupun malas, atau apabila anda terlalu sibuk dan Dia akan membalas kesetiaan anda.” Alkitab berkata, “Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.” Mazmur 119: 2 Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap Hari 7 hari Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog.
Dikirim pada 2019-10-012021-10-04Pelan Bacaan – Oktober 2019 Wahyu 11 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda melalui kitab Wahyu dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan Anda 7 hari Diambil daripada buku barunya “A Lifelong Love,” Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, menyebarkan kehidupan rohani kepada orang lain.
Dikirim pada 2019-09-012021-10-04Pelan Bacaan – September 2019 Iman 12 hari Apakah melihat adalah percaya? Ataupun mempercayai adalah melihat? Ini adalah persoalan tentang iman. Pelan ini menawarkan pengajian mendalam akan iman—daripada kisah orang sebenar dalam Perjanjian Lama yang menunjukkan iman berani dalam situasi yang mustahil kepada ajaran Yesus tentang subjek ini. Melalui pembacaan anda, anda akan didorong untuk memperdalamkan hubungan anda dengan Allah dan menjadi pengikut Yesus yang lebih taat. 2 Korintus 1 minggu Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab 2 Korintus dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Breathing Room 5 hari Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh letih. Anda hanya memerlukan sedikit ruang bernafas. Dengan satu jemputan yang amat mudah, Tuhan memberikan anda satu cara untuk menggantikan langkah hidup anda yang laju dengan apa yang akan membawakan kesejahteraan. Pelan ini akan menunjukkan anda caranya.
Dikirim pada 2019-08-012021-10-04Pelan Bacaan – Ogos 2019 Harapan 3 hari HARAPAN Marilah meneliti beberapa Ayat Alkitab tentang harapan. Allah mahu anda berasa tenang, berani, dipenuhi iman dan kasih, bukan? Dia tidak mahu anda berasa bimbang atau dipenuhi kemarahan. Ayat Alkitab tentang harapan mengajar anda cara menjadi orang yang lebih pemaaf. Kebijaksanaan timbul daripada merenungkan Firman Allah. 1 Korintus 8 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda dalam penelitian kitab 1 Korintus dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Oswald Chambers: Kedamaian – Kehidupan dalam Roh 30 hari Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.