Dikirim pada 2019-07-012021-10-04Pelan Bacaan – Julai 2019 Galatia 3 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab Galatia dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Perumpamaan Yesus 36 hari Pelan ini akan menjelaskan perumpamaan Yesus, menerokai maksud beberapa pengajaran utama-Nya kepada anda! Berbilang hari mengejar kemajuan membenarkan pembaca untuk mengikuti pelan dan mempunyai masa untuk merenungkannya serta didorong oleh kasih dan kuasa Yesus! Menggunakan Masa Anda untuk Allah 4 hari Renungan 4 hari daripada R.C. Sproul tentang menggunakan masa anda untuk Allah. Setiap renungan memanggil anda untuk hidup dalam hadirat Allah, di bawah kekuasaan Allah, kepada kemuliaan Allah. Diberkati 7 hari Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang diberkati? Saya percaya setiap orang mengingini dan mencari jawapannya. Antara kepelbagaian watak dalam Alkitab, terdapat seorang yang amat saya kagumi. Namanya tidak dinyatakan, tetapi dia hidup menurut prinsip-prinsip Alkitabiah. Wira Alkitab saya ini ialah orang baik yang digambarkan dalam Mazmur 112.
Dikirim pada 2019-06-012021-09-29Pelan Bacaan – Jun 2019 Yakobus 3 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda melalui kitab Yakobus dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Mengejar Kedamaian 7 hari Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar. Prinsip Pengurusan Masa Daripada Firman Allah 6 hari Adakah anda berasa kecewa kerana tiada lebih daripada 24 jam dalam sehari? Ditenggelami bilangan projek dalam senarai tugasan anda? Berasa penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk Firman Allah dan untuk kawan serta keluarga anda? Ini mungkinlah pergumulan yang paling biasa di dunia ini. Berita baiknya adalah Alkitab memberikan prinsip yang jelas untuk menguruskan masa dengan baik. Pelan ini akan menjelaskan Kitab Suci tersebut secara terperinci dan memberikan anda nasihat yang amat praktikal tentang cara menggunakan masa anda yang selebihnya dalam hidup ini! Lebih Baik Bersama 24 hari Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjelaskan bagaimana menjalankan kehidupan berhubungan dengan orang lain.
Dikirim pada 2019-05-012021-09-28Pelan Bacaan – Mei 2019 Ibrani 1 minggu Pelan yang mudah ini akan membawa anda melalui kitab Ibrani dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Godaan 7 hari Cobaan datang dalam pelbagai bentuk. Dan ianya senang untuk membenarkan keputusan kita dan mempertahankan diri kita. Pelan selama tujuh hari ini menunjukkan bahawa anda boleh mengatasi cobaan, melalui Roh Allah. Ambil masa untuk menenangkan fikiran anda, biarkan Allah berkata-kata ke dalam hidup anda, dan anda akan mendapat kekuatan untuk mengatasi cobaan yang terbesar. The Legacy Journey 31 hari Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang. 7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang Pengasuhan 7 hari Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda.