Dikirim pada 2022-07-02Pelan Bacaan – Julai 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Julai) 31 hari Bahagian 7 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 7 merangkumi kitab 2 Samuel, 1 dan 2 Raja-raja, dan Markus. Berniaga Secara Luar Biasa 6 hari Saya mempercayai satu bohong untuk tempoh yang panjang. Bohong ini adalah sangat biasa dalam lingkungan Kristian. Saya mempercayai dikotomi sekular-kudus. Kepercayaan ini menyekat saya. Sertai saya untuk membongkar bagaimana Allah ingin memperkasakan kita secara luar biasa untuk membawa Syurga ke Bumi dan untuk meraikan kejayaan dalam perniagaan dan hidup kita. Kita mempunyai lebih banyak peluang untuk mendatangkan kesan terhadap dunia ini daripada kebanyakan “pelayan sepenuh masa”, dan pelan Alkitab ini akan menunjukkan caranya! Mula Semula 7 hari Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap kegelapan hidup anda, menciptakan permulaan yang baru untuk anda. Tidakkah anda menyukai permulaan yang baru?! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah! Perjanjian Lama – Nabi-nabi Kecil 25 hari Pelan yang ringkas ini akan memimpin anda dalam penelitian nabi-nabi kecil dalam Perjanjian Lama. Dengan beberapa bab pembacaan pada setiap hari, pelan ini adalah baik untuk pengajian persendirian dan berkumpulan.
Dikirim pada 2022-06-02Pelan Bacaan – Jun 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Jun) 30 hari Bahagian 6 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 6 merangkumi kitab Efesus, Filipi, Kolose, Yunus, Hakim-hakim, Rut, dan 1 Samuel. Allah Ialah _______ 6 hari Siapakah Allah? Kita mempunyai jawapan yang berbeza, tetapi bagaimanakah kita mengetahui hal yang benar? Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, sudah tiba masanya untuk menemui Allah yang sebenar—nyata, hadir, dan bersedia untuk menemui anda di mana jua anda berada. Ambillah langkah pertama dalam Pelan Alkitab 6 hari yang mengiringi siri khutbah Pastor Craig Groeschel ini, God Is _______. Enam Hari dengan Nama Allah 6 hari Daripada nama Allah yang banyak, Dia telah mendedahkan aspek ciri-Nya dan sifat-Nya. Melewati Bapa, Anak, dan Roh Kudus, Alkitab menunjukkan lebih daripada 80 nama yang berbeza untuk Allah. Enam nama dan maksudnya dibincangkan dalam pelan ini untuk membantu orang percaya mendekati satu-satunya Allah yang Benar. Petikan daripada Experience the Power of God’s Names: A Life-Giving Devotional, oleh Dr. Tony Evans. Eugene, OR: Harvest House Publishers, 2017. Wahyu 11 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda melalui kitab Wahyu dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik.
Dikirim pada 2022-05-02Pelan Bacaan – Mei 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mei) 31 hari Bahagian 5 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 5 merangkumi kitab 1 dan 2 Korintus, Ulangan, dan Yosua. 1, 2, & 3 Yohanes 4 hari Pelan yang mudah ini akan membawa anda melalui 1, 2, & 3 Yohanes dan akan menjadi pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Kuasa Luar Biasa Pujian: Renungan 5 Hari Daripada Mazmur 5 hari Kekhuatiran, ketakutan, kesepian dan kemurungan telah bertambah dengan banyaknya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Emosi tersebut tidak asing bagi para pemazmur. Walau bagaimanapun, mereka belajar membebaskan kuasa luar biasa pujian untuk menangani emosi tersebut. Bongkarlah rahsia ketenangan dalam renungan tentang Mazmur ini. Kehidupan Berubah: Tujuan 5 hari Pernahkah anda tertanya-tanya apa yang Allah cipta anda untuk buat atau menanya-Nya mengapa anda mengalami pengalaman tertentu? Anda telah dicipta secara unik untuk peranan tersuai yang hanya dapat dipenuhi oleh anda. Meskipun anda berasa sesat, ataupun teragak-agak untuk bergerak, pelan 5 hari ini akan membantu anda mempercayai Allah, supaya Dia boleh memimpin anda ke arah tujuan anda.
Dikirim pada 2022-04-02Pelan Bacaan – April 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (April) 30 hari Bahagian 4 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 4 merangkumi kitab Matius dan Ayub. Kisah Rasul-Rasul 14 hari Pelan bacaan ringkas ini membantu anda mempelajari tentang Rasul-rasul serta gereja awal. Melangkah ke dalam Tujuan 5 hari Apakah tujuan saya? Apakah yang harus saya lakukan dengan hidup saya? Apakah rancangan Allah untuk saya? Kita semua pernah tertanya-tanya tentang semua ini. Kami ingin menjawab beberapa daripada pertanyaan ini semasa kami membincangkan maksud melangkah ke dalam tujuan anda. Sertai beberapa orang pelajar C3 College kami semasa mereka menjelaskan tentang topik ini. Segala yang Saya Perlukan 3 hari Allah memimpin kita dan melindungi kita. Dia sudah memenangi pertempuran kita. Dia melindungi kawasan sempit. Dia tidak terkejut melihat bola lambut. Renungan terfokus 3 hari ini akan mendorong anda dalam kebenaran bahawa Allah ialah pembekal bahagian yang tepat, sukatan yang tepat, bagi hidup anda.
Dikirim pada 2022-02-25Pelan Bacaan – Mac 2022 Menghapuskan Ketakutan 3 hari Anda boleh mengatasi ketakutan. Dr. Tony Evans membimbing anda ke jalan kebebasan dalam pelan bacaan yang berwawasan ini. Terokai kehidupan yang dipenuhi kegembiraan dan kedamaian yang diidamkan semasa anda menerapkan prinsip yang dikemukakan dalam pelan ini. Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-Paskah 7 hari Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya. 2 Korintus 1 minggu Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab 2 Korintus dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mac) 31 hari Bahagian 3 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 3 merangkumi kitab Bilangan, Amsal, Roma, dan Ibrani. Mengampunkan Orang Yang Melukakan Kita 7 hari Sama ada kita mengalami luka emosi atau fizikal, pengampunan ialah batu sudut kehidupan Kristian. Yesus Kristus mengalami pelbagai layanan yang tidak adil dan tidak patut, termasuk kematian salah. Walau bagaimanapun, pada saat-saat menghadapi kematian, Dia mengampunkan pencuri yang mempersenda-sendakan Dia dari salib di sebelah-Nya dan juga pertanda-Nya.