Dikirim pada 2023-02-02Pelan Bacaan – Februari 2023 Yesus Mengasihi Aku 7 hari Jika seseorang menanya anda, “Apa yang perlu saya percaya untuk menjadi orang Kristian?” apakah jawapan anda? Menggunakan lirik mudah lagu yang digemari, “Jesus loves me, this I know, for the Bible tells me so” (“Yesus mengasihi aku, aku tahu, kerana Alkitab mengajar aku”), seorang wartawan yang menjadi pastor membantu anda memahami apa yang anda percaya dan sebabnya. Penulis buku laris John S. Dickerson menerangkan kepercayaan Kristian yang penting secara jelas dan baik serta menunjukkan mengapa kepercayaan tersebut adalah penting. Melangkah ke dalam Tujuan 5 hari Apakah tujuan saya? Apakah yang harus saya lakukan dengan hidup saya? Apakah rancangan Allah untuk saya? Kita semua pernah tertanya-tanya tentang semua ini. Kami ingin menjawab beberapa daripada pertanyaan ini semasa kami membincangkan maksud melangkah ke dalam tujuan anda. Sertai beberapa orang pelajar C3 College kami semasa mereka menjelaskan tentang topik ini. Breathing Room 5 hari Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh letih. Anda hanya memerlukan sedikit ruang bernafas. Dengan satu jemputan yang amat mudah, Tuhan memberikan anda satu cara untuk menggantikan langkah hidup anda yang laju dengan apa yang akan membawakan kesejahteraan. Pelan ini akan menunjukkan anda caranya. Impian Ditebus 7 hari Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.
Dikirim pada 2023-01-02Pelan Bacaan – Januari 2023 Mula Di Sini | Langkah Pertama Dengan Yesus 15 hari Jika anda baru kepada Yesus, baru kepada Alkitab, atau sedang membantu kawan yang baru kepada kedua-duanya – Mula Di Sini. Sepanjang 15 hari akan datang, panduan audio selama 5 minit ini akan membawa anda langkah demi langkah meneliti dua kitab asas Alkitab: Markus dan Kolose. Ikuti cerita Yesus dan ketahui asas-asas mengikuti-Nya, dengan soalan harian untuk renungan individu ataupun perbincangan kumpulan. Ikut sekali untuk bermula, kemudian jemputlah kawan anda bersama-sama dan ikut-Nya lagi! Prinsip Pengurusan Masa Daripada Firman Allah 6 hari Adakah anda berasa kecewa kerana tiada lebih daripada 24 jam dalam sehari? Ditenggelami bilangan projek dalam senarai tugasan anda? Berasa penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk Firman Allah dan untuk kawan serta keluarga anda? Ini mungkinlah pergumulan yang paling biasa di dunia ini. Berita baiknya adalah Alkitab memberikan prinsip yang jelas untuk menguruskan masa dengan baik. Pelan ini akan menjelaskan Kitab Suci tersebut secara terperinci dan memberikan anda nasihat yang amat praktikal tentang cara menggunakan masa anda yang selebihnya dalam hidup ini! Tahun Baru, Rahmat Baru 15 hari Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila “pengubahsuaian tingkah laku” atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari. Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan Anda 4 hari ONE WORD membantu anda memudahkan kehidupan anda dengan memfokus pada SATU PERKATAAN sahaja sepanjang tahun ini. Kesederhanaan menemui satu perkataan Allah buat anda menjadikannya suatu mangkin untuk perubahan hidup. Keselerakan dan kerumitan membawa kepada pelengahan kerja dan kelumpuhan, sementara kesederhanaan dan fokus membawa kepada kejayaan dan kejelasan. Renungan 4 hari ini menunjukkan kepada anda cara mendekati teras tujuan anda untuk menemukan visi satu perkataan untuk tahun ini.
Dikirim pada 2022-12-02Pelan Bacaan – Disember 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Disember) 31 hari Bahagian 12 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 12 merangkumi kitab Yesaya, Mikha, 1 dan 2 Petrus, 1, 2 dan 3 Yohanes, dan Yudas. Lukas 12 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Lukas dari permulaan hingga akhir. Kedamaian yang Hilang 7 hari Apakah mungkin untuk mengalami kedamaian semasa kehidupan itu menyakitkan? Jawapan ringkas: ya, tetapi bukan melalui kuasa diri sendiri. Pada tahun yang meninggalkan kita kewalahan, banyak antara kita berasa bingung. Dalam Pelan Alkitab 7 hari ini, berserta dengan siri mesej Pastor Craig Groeschel, kita akan membongkar cara menemui Kedamaian yang Hilang, yang sangat didahagai oleh kita. Realiti Memedihkan: Harapan untuk Musim Cuti 5 hari Bagi banyak orang, musim cuti ialah masa yang gembira…tetapi apakah yang berlaku apabila musim cuti kehilangan kilauannya dan menjadi mencabar kerana kesedihan atau kehilangan yang amat sangat? Pelan bacaan yang istimewa ini akan membantu golongan yang mengalami kesedihan untuk menemukan penghiburan dan harapan untuk musim cuti, dan berkongsi bagaimana membina musim cuti yang bermakna meskipun kesedihan yang amat sangat.
Dikirim pada 2022-10-27Pelan Bacaan – November 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (November) 30 hari Bahagian 11 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 11 merangkumi kitab Kidung Agung, Yehezkiel, Hosea, dan Wahyu. Perjalanan Habakuk 6 hari Pelan ini ialah perjalanan mengharungi waktu sukar dengan Habakuk. Emosi yang Kudus – Respons Alkitabiah kepada Setiap Cabaran 30 hari Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.
Dikirim pada 2022-09-26Pelan Bacaan – Oktober 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Oktober) 31 hari Bahagian 10 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 10 merangkumi kitab Pengkhotbah, Yohanes, Yeremia, dan Ratapan. Mazmur 31 hari Pembacaan kitab Mazmur adalah baik untuk dorongan yang mudah. Apabila anda menghadapi kesukaran, kitab Mazmur boleh bertindak sebagai penghiburan dan galakkan. Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan? 5 hari Pernahkah anda menanya diri, “Mengapa saya masih bergelut dengan dosa?” Rasul Paulus pun menyatakannya dalam Roma 7:15: “Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, itulah yang aku lakukan.” Bagaimanakah kita menghalang dosa daripada menghalang kehidupan rohani kita? Mungkinkah? Marilah berbincang tentang dosa, cubaan, Iblis, dan syukurlah, kasih Allah. Memulihkan Sukacita Anda 5 hari Jika anda inginkan sukacita dalam hidup anda, anda perlu mencari perimbangan dalam jadual anda. Pastor Rick berkongsi bagaimana anda boleh menyesuaikan semula input anda dan output anda supaya pemberian dan penerimaan anda membantu anda memulihkan semula sukacita anda, bukan kehilangannya.