Dikirim pada 2022-04-02Pelan Bacaan – April 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (April) 30 hari Bahagian 4 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 4 merangkumi kitab Matius dan Ayub. Kisah Rasul-Rasul 14 hari Pelan bacaan ringkas ini membantu anda mempelajari tentang Rasul-rasul serta gereja awal. Melangkah ke dalam Tujuan 5 hari Apakah tujuan saya? Apakah yang harus saya lakukan dengan hidup saya? Apakah rancangan Allah untuk saya? Kita semua pernah tertanya-tanya tentang semua ini. Kami ingin menjawab beberapa daripada pertanyaan ini semasa kami membincangkan maksud melangkah ke dalam tujuan anda. Sertai beberapa orang pelajar C3 College kami semasa mereka menjelaskan tentang topik ini. Segala yang Saya Perlukan 3 hari Allah memimpin kita dan melindungi kita. Dia sudah memenangi pertempuran kita. Dia melindungi kawasan sempit. Dia tidak terkejut melihat bola lambut. Renungan terfokus 3 hari ini akan mendorong anda dalam kebenaran bahawa Allah ialah pembekal bahagian yang tepat, sukatan yang tepat, bagi hidup anda.
Dikirim pada 2022-02-25Pelan Bacaan – Mac 2022 Menghapuskan Ketakutan 3 hari Anda boleh mengatasi ketakutan. Dr. Tony Evans membimbing anda ke jalan kebebasan dalam pelan bacaan yang berwawasan ini. Terokai kehidupan yang dipenuhi kegembiraan dan kedamaian yang diidamkan semasa anda menerapkan prinsip yang dikemukakan dalam pelan ini. Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-Paskah 7 hari Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya. 2 Korintus 1 minggu Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab 2 Korintus dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mac) 31 hari Bahagian 3 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 3 merangkumi kitab Bilangan, Amsal, Roma, dan Ibrani. Mengampunkan Orang Yang Melukakan Kita 7 hari Sama ada kita mengalami luka emosi atau fizikal, pengampunan ialah batu sudut kehidupan Kristian. Yesus Kristus mengalami pelbagai layanan yang tidak adil dan tidak patut, termasuk kematian salah. Walau bagaimanapun, pada saat-saat menghadapi kematian, Dia mengampunkan pencuri yang mempersenda-sendakan Dia dari salib di sebelah-Nya dan juga pertanda-Nya.
Dikirim pada 2022-01-27Pelan Bacaan – Februari 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Februari) 28 hari Bahagian 2 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 2 merangkumi kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, dan Galatia. Markus 8 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Markus dari permulaan hingga akhir. Tidak Mengkhuatiri Apa-apa 7 hari Bagaimana kalau terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi kebimbangan yang tidak habis-habis yang menyebabkan anda tidak dapat tidur? Ketenangan sebenar sedia ada—barangkali lebih dekat daripada yang difikirkan anda. Gantikan panik dengan ketenangan melalui Pelan Alkitab 7 hari daripada Life.Church ini, disertakan bersama siri mesej Anxious for Nothing oleh Pastor Craig Groeschel. Perlengkapan Senjata daripada Allah 5 hari Sepanjang hari, setiap hari, suatu peperangan yang tidak kelihatan meletus di sekeliling anda — tidak kelihatan, tidak kedengaran, namun dirasakan dalam setiap aspek kehidupan anda. Musuh setia yang jahat ingin mengucar-ngacirkan setiap perkara yang penting kepada anda: hati anda, fikiran anda, perkahwinan anda, anak anda, hubungan anda, semangat anda, impian anda, takdir anda. Walau bagaimanapun, rancangan pertempurannya bergantung kepada memerangkap anda tanpa disedari dan tanpa senjata. Jika anda sudah jelak dengan diarah-arahkan dan terperangkap semasa tidak berwaspada, pengajian ini adalah sesuai untuk anda. Musuh sentiasa gagal dengan teruk apabila dia menemui perempuan yang mengenakan pakaian yang sesuai. Perlengkapan senjata daripada Allah, lebih daripada gambaran alkitabiah semata-mata tentang inventori orang percaya, adalah rancangan tindakan untuk mengenakannya dan mengembangkan strategi diperibadikan untuk mencapai kemenangan.
Dikirim pada 2022-01-02Pelan Bacaan – Januari 2022 Ikrar 6 hari Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Januari) 31 hari Bahagian 1 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 1 merangkumi kitab Lukas, Kisah Para Rasul, Daniel, dan Kejadian. Yohanes 10 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Yohanes dari permulaan hingga akhir. Oswald Chambers: Sukacita – Kekuatan di dalam Tuhan 30 hari Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.
Dikirim pada 2021-12-072021-12-08Pelan Bacaan – Disember 2021 Adven: Perjalanan ke Hari Natal 25 hari Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya. Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini 5 hari Ini adalah musim untuk bergirang, tetapi juga amat sibuk. Luangkanlah masa untuk berehat dan untuk penyembahan yang akan memelihara anda sepanjang kerja yang menggembirakan pada musim ini. Berdasarkan buku Unwrapping the Names of Jesus: An Advent Devotional, pelan renungan 5 hari ini akan memimpin anda untuk menerima rehat Yesus pada hari Natal ini dengan mengambil masa untuk mengingati kebaikan-Nya, menyatakan kekurangan anda, mencari ketenangan-Nya, dan mempercayai kesetiaan-Nya. Pengharapan Natal 10 hari Bagi terlalu ramai orang, hari Natal telah menjadi suatu senarai semak panjang yang meletihkan dan membuat mereka menantikan Disember 26. Dalam siri mesej ini, Pastor Rick ingin mengingatkan anda mengenai tentang sebab anda meraikan hari Natal dan mengapa ia bukan sahaja harus mengubah cara anda meraikan perayaan itu, malah mengubah seluruh hidup anda juga. Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari Natal 25 hari Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan bahawa jarak syurga hanyalah satu respons. Melalui pengalaman Maria, Yusuf, Zakharia dan Elisabet, gembala dan orang bijak, renungan ini menerokai kepentingan hari Natal yang pertama dan bagaimana ia menyilang setiap daripada kehidupan kita sekarang.