Dikirim pada 2021-09-052021-09-20Pelan Bacaan – September 2021 Galatia 3 Hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab Galatia dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (September) 30 Hari Bahagian 9 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 9 merangkumi kitab Nehemia, Ester, 1 dan 2 Timotius, Yoel, Amos, Obaja, Nahum, Habakuk, Zefanya, Titus, Filemon, Yakobus, Hagai, Zakharia, dan Maleakhi. Menggunakan Masa Anda untuk Allah 4 Hari Renungan 4 hari daripada R.C. Sproul tentang menggunakan masa anda untuk Allah. Setiap renungan memanggil anda untuk hidup dalam hadirat Allah, di bawah kekuasaan Allah, kepada kemuliaan Allah.
Dikirim pada 2021-08-05Pelan Bacaan – Ogos 2021 Efesus 3 Hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui buku Efesus dan bagus untuk pengajian individu ataupun sekumpulan. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Ogos) 31 Hari Bahagian 8 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 8 merangkumi kitab 1 dan 2 Tawarikh, 1 dan 2 Tesalonika, dan Ezra. Perbualan Dengan Allah 12 Hari Perbualan dengan Allah merupakan keasyikan menggembirakan dengan kehidupan doa yang lebih mendalam, menekankan cara praktikal untuk mendengar suara Allah. Allah mahu kita menikmati perbualan yang berterusan dengan-Nya sepanjang hidup kita—perbualan yang menghasilkan perbezaan dalam haluan, hubungan, dan tujuan. Pelan ini dipenuhi cerita peribadi yang jujur tentang hati Allah yang menjangkau. Dia mengasihi kita! Rancangan Pertempuran Bagi Perang Rohani 5 Hari Melalui ajaran berkuasa ini anda akan menemui pemahaman yang lebih mendalam tentang cara merancang strategi untuk mengakali dan mengalahkan musuh serta menghalang rancangannya untuk memusnahkan kehidupan anda.
Dikirim pada 2021-07-102021-07-26Pelan Bacaan – Julai 2021 1 Korintus 8 Hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda dalam penelitian kitab 1 Korintus dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Julai) 31 Hari Bahagian 7 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 7 merangkumi kitab 2 Samuel, 1 dan 2 Raja-raja, dan Markus. Mengapakah Allah Mengasihi Saya? 5 Hari Soalan: Semua orang mempunyai pertanyaan tentang Allah. Disebabkan budaya kita yang terdorong oleh perbandingan, salah satu soalan kita yang paling peribadi adalah, “Mengapakah Allah mengasihi saya?” Ataupun, “Bagaimanakah Allah mungkin mengasihi saya?” Sepanjang pelan ini, anda akan meneliti 26 petikan Alkitab—setiap satunya berbicara tentang kebenaran kasih Allah yang tidak bersyarat untuk anda. Meluangkan Masa untuk Berehat 5 hari Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa pun yang tinggal untuk disumbangkan kepada orang yang dikasihi dan kepada matlamat yang ditetapkan. Marilah menghabiskan masa lima hari seterusnya untuk belajar tentang rehat dan bagaimana kita boleh memasukkan apa yang dipelajari dalam kehidupan kita.
Dikirim pada 2021-06-302021-07-05Pelan Bacaan – Jun 2021 Doa Yesus 5 Hari Kita menyedari kepentingan komunikasi dalam hubungan, dan hubungan kita dengan Allah tidak terkecuali. Allah ingin kita berkomunikasi dengan-Nya dalam doa—satu disiplin yang diamalkan oleh anak-Nya, Yesus, juga. Dalam pelan ini, anda akan mempelajari daripada contoh Yesus, dan dicabar untuk melangkah keluar daripada trafik kehidupan dan mengalami sendiri kekuatan dan pimpinan yang diberikan doa. Doa yang Berbahaya 7 Hari Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig Groeschel, Dangerous Prayers, dari Life.Church ini, mencabar anda untuk berdoa secara berbahaya—kerana mengikuti Yesus tidak pernah bermaksud bersifat selamat. Keyakinan 4 Hari Allah mahu anda MENGETAHUI bahawa anda telah diselamatkan dan akan ke syurga! Keyakinan anda bertambah melalui pertemuan dengan Allah dan merenungkan Firman-Nya. Ayat-ayat berikut, apabila dihafal, boleh membantu anda tetap yakin dengan Allah sepanjang hayat anda. Biarlah kehidupan anda diubah dengan penghafalan ayat Alkitab! Untuk sistem penghafalan ayat Alkitab yang menyeluruh, layari MemLok.com Menemukan Jalan Kembali kepada Allah 5 Hari Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui. Yesus, Saya Memerlukan Engkau 2 Hari Adakah anda merasakan keperluan mendalam anda akan Yesus? Pelan dua hari untuk doa ini direka bentuk demi membaiki masa teduh anda dengan-Nya dan membantu anda berseru pada-Nya. Ia juga bertindak sebagai rakan doa kepada siri lapan bahagian “Yesus, Saya Memerlukan Engkau” oleh Thistlebend Ministries. Doa 21 hari Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa. Disembuhkan oleh Yesus 6 Hari Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dalam Pelan ini, kita akan menemukan harapan dan dorongan semasa kita mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita.
Dikirim pada 2021-05-012021-10-14Pelan Bacaan – Mei 2021 Keyakinan 4 hari Allah mahu anda MENGETAHUI bahawa anda telah diselamatkan dan akan ke syurga! Keyakinan anda bertambah melalui pertemuan dengan Allah dan merenungkan Firman-Nya. Ayat-ayat berikut, apabila dihafal, boleh membantu anda tetap yakin dengan Allah sepanjang hayat anda. Biarlah kehidupan anda diubah dengan penghafalan ayat Alkitab! Untuk sistem penghafalan ayat Alkitab yang menyeluruh, layari MemLok.com Roma 8 hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui surat Paulus kepada jemaah di Roma. Ia sesuai sekali untuk kajian individu mahupun sekumpulan. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mei) 31 hari Bahagian 5 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 5 merangkumi kitab 1 dan 2 Korintus, Ulangan, dan Yosua. Menemukan Jalan Kembali kepada Allah 5 hari Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui.