Dikirim pada 2019-12-23Ayat Alkitab Krismas Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka. MIKHA 5:2 Baiklah, Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepada tuanku: seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’ YESAYA 7:14 Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, “Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.” MATIUS 1:20-21 Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. YOHANES 3:16 Kekuasaan-Nya akan terus bertambah; pemerintahan-Nya akan sentiasa aman. Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud, pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan dari sekarang hingga akhir zaman. TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini. YESAYA 9:6 Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita. YOHANES 1:14 Tetapi pada saat yang tepat, Allah mengutus Anak-Nya sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah Taurat. Dia diutus untuk membebaskan orang yang hidup di bawah Taurat, supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah. GALATIA 4:4-5 Tetapi malaikat itu berkata, “Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan. LUKAS 2:10-11 Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh sepasukan besar malaikat syurga, yang memuji-muji Allah, “Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya!” LUKAS 2:13-14 Mereka berangkat, lalu di tengah perjalanan mereka nampak bintang yang pernah dilihat oleh mereka di sebelah timur. Alangkah sukacitanya ahli-ahli kaji bintang itu apabila mereka nampak bintang itu. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu. Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka sujud menyembah Anak itu, dan mereka mengeluarkan emas, kemenyan dan mur, lalu mempersembahkan semua hadiah itu kepada-Nya. Kemudian dalam mimpi, ahli-ahli kaji bintang itu diperingatkan oleh Allah supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu mereka balik ke negeri asal mereka melalui jalan lain. MATIUS 2:9-10-12
Dikirim pada 2019-11-012021-10-04Pelan Bacaan – November 2019 Mazmur 31 hari Pembacaan kitab Mazmur adalah baik untuk dorongan yang mudah. Apabila anda menghadapi kesukaran, kitab Mazmur boleh bertindak sebagai penghiburan dan galakkan. Oswald Chambers: Sukacita – Kekuatan di dalam Tuhan 30 hari Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah. Mencari Hati Tuhan Setiap Hari – Kebijaksanaan 5 hari Mencari Hati Tuhan Setiap Hari adalah pelan bacaan 5 hari yang bertujuan mendorong, mencabar, dan membantu kita sepanjang kehidupan sehari-hari. Seperti yang dikatakan Boyd Bailey, “Carilah Dia walaupun malas, atau apabila anda terlalu sibuk dan Dia akan membalas kesetiaan anda.” Alkitab berkata, “Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.” Mazmur 119: 2 Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap Hari 7 hari Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog.
Dikirim pada 2019-10-012021-10-04Pelan Bacaan – Oktober 2019 Wahyu 11 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda melalui kitab Wahyu dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan Anda 7 hari Diambil daripada buku barunya “A Lifelong Love,” Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, menyebarkan kehidupan rohani kepada orang lain.
Dikirim pada 2019-09-012021-10-04Pelan Bacaan – September 2019 Iman 12 hari Apakah melihat adalah percaya? Ataupun mempercayai adalah melihat? Ini adalah persoalan tentang iman. Pelan ini menawarkan pengajian mendalam akan iman—daripada kisah orang sebenar dalam Perjanjian Lama yang menunjukkan iman berani dalam situasi yang mustahil kepada ajaran Yesus tentang subjek ini. Melalui pembacaan anda, anda akan didorong untuk memperdalamkan hubungan anda dengan Allah dan menjadi pengikut Yesus yang lebih taat. 2 Korintus 1 minggu Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab 2 Korintus dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Breathing Room 5 hari Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh letih. Anda hanya memerlukan sedikit ruang bernafas. Dengan satu jemputan yang amat mudah, Tuhan memberikan anda satu cara untuk menggantikan langkah hidup anda yang laju dengan apa yang akan membawakan kesejahteraan. Pelan ini akan menunjukkan anda caranya.
Dikirim pada 2019-08-012021-10-04Pelan Bacaan – Ogos 2019 Harapan 3 hari HARAPAN Marilah meneliti beberapa Ayat Alkitab tentang harapan. Allah mahu anda berasa tenang, berani, dipenuhi iman dan kasih, bukan? Dia tidak mahu anda berasa bimbang atau dipenuhi kemarahan. Ayat Alkitab tentang harapan mengajar anda cara menjadi orang yang lebih pemaaf. Kebijaksanaan timbul daripada merenungkan Firman Allah. 1 Korintus 8 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda dalam penelitian kitab 1 Korintus dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Oswald Chambers: Kedamaian – Kehidupan dalam Roh 30 hari Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.