Dikirim pada 2023-06-25Pelan Bacaan – Julai 2023 Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna Light 7 hari Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Light membongkar wawasan yang akan menghancurkan batas pembandingan terhadap keupayaan anda, dan membantu anda untuk menjalankan kehidupan yang bebas dan berkelimpahan yang telah disediakan oleh Allah bagi anda. Tidak Goyah Bersama Dengan Lisa Bevere 6 hari Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia ialah seketul batu. Dalam lautan pendapat yang bergelora, pelan ini akan melabuhkan jiwa anda—memberikan anda hala tuju yang jelas di dunia yang berliku-liku ini. Mencari Hati Tuhan Setiap Hari – Kebijaksanaan 5 hari Mencari Hati Tuhan Setiap Hari adalah pelan bacaan 5 hari yang bertujuan mendorong, mencabar, dan membantu kita sepanjang kehidupan sehari-hari. Seperti yang dikatakan Boyd Bailey, “Carilah Dia walaupun malas, atau apabila anda terlalu sibuk dan Dia akan membalas kesetiaan anda.” Alkitab berkata, “Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.” Mazmur 119: 2 Musuh Hati 5 hari Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley membantu anda untuk meneliti diri anda untuk mengesan empat musuh biasa hati — rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan — dan mengajar anda cara menyingkirkannya.
Dikirim pada 2023-06-01Pelan Bacaan – Jun 2023 Pengurusan Masa yang Kudus 6 hari Pengurusan masa tradisional boleh menimbulkan tekanan apabila matlamatnya ialah “mengawal” hidup dengan kekuatan diri dan disiplin diri. Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita bahawa kita menerima kedamaian dan rehat apabila kita mempercayai Allah dengan masa kita. Dalam pelan 6 hari ini, anda akan belajar bagaimana pendekatan pengurusan masa yang berpusatkan Allah membawa kepada penerimaan semua kebaikan yang telah disediakan oleh-Nya bagi anda, termasuk sukacita dan kedamaian-Nya. Allah, Bagaimana Dengan Saya? 5 hari Apabila kita rasa ketinggalan di belakang dalam hidup dan suara pembandingan menjadi makin kuat, kita kerap gagal melihat Allah bergerak di tengah-tengah kita. Pada waktu inilah iman kita paling banyak digunakan. Baca renungan ini dan didorong dalam pengharapan anda terhadap Allah. Jangan Berpuas Hati dengan Keselamatan 3 hari Jika suara tidak berkeyakinan, keraguan, dan ketakutan tidak ditangani, ia akan menentukan hidup anda. Anda tidak boleh menyenyapkan suara ini atau tidak mengendahkannya. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Sarah Jakes Roberts menunjukkan anda bagaimana melawan batasan masa silam anda dan menerima hal yang tidak menyenangkan untuk menjadi tidak dapat dihentikan. Kamu Dikasihi 4 hari Tuhan mengasihi kamu. Tidak kira siapa pun kamu, walau apa pun situasi yang sedang kamu hadapi sekarang, Tuhan mengasihi kamu! Dalam bulan ini, ketika kita meraikan kasih, janganlah lupa bahawa kasih Tuhan terhadap kamu adalah lebih besar daripada kasih yang lain. Dalam pelan empat hari ini, selami kasih Tuhan.
Dikirim pada 2023-04-28Pelan Bacaan – Mei 2023 Kehidupan Berubah: Mendukung Identiti 6 hari Dengan banyak suara yang memberitahu kita tentang siapa kita ini, tidak hairanlah kita bergelut dengan identiti kita. Allah tidak mahu kita untuk didefinisikan oleh kerjaya kita, status perkahwinan kita, ataupun kesilapan kita. Dia mahu pendapat-Nya untuk menjadi kuasa yang tertinggi dalam hidup kita. Pelan enam hari ini akan membantu anda untuk membatinkan apa yang dikatakan oleh Alkitab tentang siapa anda itu dan betul-betul mendukung identiti anda dalam Kristus. Jangan Berputus Asa 7 hari Pernahkah anda berasa sungguh penat atau tumpas dalam hidup sehinggakan anda ingin berputus asa? Alkitab penuh dengan dorongan untuk tetap tabah dan sabar meneruskan hidup! Pelan bacaan 7 hari ini akan menyegarkan anda untuk perjalanan akan datang. Pusingan U Daripada Ketagihan 3 hari Apabila kehidupan anda tidak selaras dengan Firman Allah, anda pasti akan mengalami akibat yang menyakitkan. Banyak orang bergelut dari segi kesihatan, kehilangan pekerjaan, dan hubungan, dan mendapati diri renggang daripada Allah kerana ketagihan. Sama ada ketagihan yang serius seperti dadah atau pornografi atau ketagihan yang kurang serius, seperti makanan atau hiburan, ketagihan menjejaskan kehidupan kita. Biarlah penulis yang bukunya laris, Tony Evans, menunjukkan kepada anda jalan kepada kebebasan. Mengapakah Allah Mengasihi Saya? 5 hari Soalan: Semua orang mempunyai pertanyaan tentang Allah. Disebabkan budaya kita yang terdorong oleh perbandingan, salah satu soalan kita yang paling peribadi adalah, “Mengapakah Allah mengasihi saya?” Ataupun, “Bagaimanakah Allah mungkin mengasihi saya?” Sepanjang pelan ini, anda akan meneliti 26 petikan Alkitab—setiap satunya berbicara tentang kebenaran kasih Allah yang tidak bersyarat untuk anda.
Dikirim pada 2023-03-30Pelan Bacaan – April 2023 Mengapa Paskah? 5 hari Apakah yang penting tentang Paskah? Mengapakah ada begitu banyak minat dalam seseorang yang dilahirkan 2,000 tahun lalu? Mengapakah begitu banyak orang berasa teruja tentang Yesus? Mengapakah kita memerlukan-Nya? Mengapakah Dia datang? Mengapakah Dia mati? Mengapakah sesiapa pun harus bersusah payah mendapat tahu? Dalam pelan 5 hari ini, Nicky Gumbel berkongsi jawapan yang menambat perhatian kepada soalan tersebut. JESUS THE KING: Renungan Paskah oleh Timothy Keller 9 hari Penulis terlaris bagi surat khabar New York Times dan pastor terkenal, Timothy Keller berkongsi satu siri episod daripada kehidupan Yesus sebagaimana yang dikisahkan dalam kitab Markus. Dengan meneliti cerita-cerita ini, dia memberikan wawasan baru tentang hubungan antara kehidupan kita dan kehidupan Anak Allah, menjelang Paskah JESUS THE KING merupakan buku dan panduan pengajian untuk kumpulan kecil, yang tersedia ada di mana-mana jua buku dijual. 1 & 2 Timotius 5 hari Pelan yang mudah ini akan membawa anda melalui 1 & 2 Timotius dan akan menjadi pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Pandangan Alkitabiah Tentang Perubahan Sosial 5 hari Banyak kumpulan Kristian prihatin dalam memenuhi sama ada keperluan rohani atau keperluan fizikal. Apakah yang harus menjadi keutamaan kita sebagai orang Kristian? Apakah yang boleh kita pelajari daripada Alkitab mengenai perkara ini?
Dikirim pada 2023-03-02Pelan Bacaan – Mac 2023 Enam Hari dengan Nama Allah 6 hari Daripada nama Allah yang banyak, Dia telah mendedahkan aspek ciri-Nya dan sifat-Nya. Melewati Bapa, Anak, dan Roh Kudus, Alkitab menunjukkan lebih daripada 80 nama yang berbeza untuk Allah. Enam nama dan maksudnya dibincangkan dalam pelan ini untuk membantu orang percaya mendekati satu-satunya Allah yang Benar. Petikan daripada Experience the Power of God’s Names: A Life-Giving Devotional, oleh Dr. Tony Evans. Eugene, OR: Harvest House Publishers, 2017. Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap Hari 7 hari Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog. Berikan Makna kepada Pekerjaan Anda 4 hari Kebanyakan daripada kita menghabiskan 50 peratus daripada masa dewasa kita untuk bekerja. Kita hendak tahu bahawa pekerjaan kita adalah bermakna – bahawa pekerjaan kita itu adalah penting. Namun, tekanan, desakan dan kesusahan membuat kita rasa bahawa kerja adalah sukar – sesuatu yang perlu ditempuhi. Pelan bacaan ini akan membantu anda menyedari kuasa yang anda perlu pilih untuk makna yang positif bagi perkerjaan anda yang berurat berakar dalam iman. Hidup Dalam Roh: Renungan Bersama John Piper 7 hari 7 Bacaan Renungan daripada John Piper mengenai Roh Kudus