|
||
|
||
|
||
|
Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan
2
Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan
3
kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan.
4
Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun.
5
Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.
6
Tetapi apabila kamu berdoa, kamu mesti percaya. Kamu tidak boleh ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin.
8
Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan.
8
Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan.
9
Orang Kristian yang miskin haruslah gembira apabila Allah meninggikan mereka.
10
Orang Kristian yang kaya haruslah gembira apabila Allah merendahkan mereka, kerana orang kaya akan lenyap seperti bunga rumput.
11
Ketika matahari naik, panas teriknya melayukan tanaman sehingga bunganya gugur dan hilanglah keindahannya. Demikianlah orang kaya akan jatuh miskin semasa mengusahakan perniagaan mereka.
12
Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.
Pelan Bacaan – Jun 2019
Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN
1
Mazmur Daud. Jangan geram kerana orang jahat; jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah.
2
Mereka segera lenyap seperti rumput, dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau.
3
Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik; tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.
4
Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.
5
Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN, berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau
6
Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.
7
Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak. Jangan geram kerana orang yang hidup makmur, atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.
8
Jangan marah atau panas hati; hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.
9
Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini, tetapi orang yang jahat akan diusir.
10
Orang yang jahat akan lenyap dengan segera; walaupun dicari, mereka tidak akan dijumpai.
11
Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini, dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.
Isteri yang cekap susah ditemukan
10
Isteri yang cekap susah ditemukan. Dia lebih berharga daripada permata.
11
Suaminya mempunyai keyakinan terhadap dia dan tidak akan kekurangan apa-apa.
12
Seumur hidupnya, dia berbuat baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat kepadanya.
13
Dia rajin mengumpulkan bulu domba dan rami, lalu sibuk menenunnya.
14
Dia mendatangkan makanan dari tempat jauh seperti yang dilakukan oleh kapal dagang.
15
Dia bangun pagi-pagi buta untuk menyediakan makanan bagi keluarganya, dan untuk memberikan arahan kepada semua hamba perempuannya.
16
Dia mencari sebidang tanah, lalu membelinya dan mengusahakan ladang anggur dengan pendapatannya.
17
Dia menyiapkan diri untuk bekerja sekuat tenaga.
18
Dia tahu bahawa segala sesuatu yang diusahakannya menguntungkan, dan dia bekerja sehingga jauh malam.
19
Dia memintal benang dan menenun kainnya sendiri.
20
Dia murah hati kepada orang yang miskin dan susah.
21
Pada musim sejuk dia tidak khuatir, kerana keluarganya mempunyai baju panas.
22
Dia membuat permaidani dan memakai pakaian daripada kain linen ungu yang halus.
23
Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.
24
Dia menjahit pakaian dan membuat ikat pinggang untuk dijual kepada pedagang.
25
Dia berwibawa serta dihormati orang. Dia tidak khuatir akan masa hadapan.
26
Kata-katanya bijak serta lemah lembut.
27
Dia sentiasa rajin bekerja dan memperhatikan urusan rumah tangganya.
28
Dia dihargai oleh anak-anaknya dan dipuji oleh suaminya.
29
Suaminya berkata, “Ada banyak wanita yang baik, tetapi engkaulah yang terbaik antara mereka semua.”
30
Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.
31
Balaslah segala perbuatannya. Dia wanita yang layak dihormati semua orang.