Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN

Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN

1  
Mazmur Daud. Jangan geram kerana orang jahat; jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah.

2  
Mereka segera lenyap seperti rumput, dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau.

3  
Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik; tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.

4  
Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.

5  
Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN, berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau

6  
Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.

7  
Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak. Jangan geram kerana orang yang hidup makmur, atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.

8  
Jangan marah atau panas hati; hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.

9  
Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini, tetapi orang yang jahat akan diusir.

10  
Orang yang jahat akan lenyap dengan segera; walaupun dicari, mereka tidak akan dijumpai.

11  
Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini, dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.

Psalm 37 in Malay

Psalm 37 in English

KategoriPelbagai