Dikirim pada 2024-02-02Pelan Bacaan – Februari 2024 Rut: Cerita tentang Kasih Penebusan Allah 7 hari Berkemungkinan salah satu cerita pendek yang paling menakjubkan sepanjang zaman, kitab Rut merupakan catatan tentang kasih penebusan Allah. Kitab Rut ialah cerita tentang cara Allah menggunakan kehidupan orang biasa untuk mengerjakan kehendak berdaulat-Nya. Dengan alegori kasih Kristus dan pengorbanan-Nya untuk umat-Nya yang indah, kita ditunjukkan tahap sanggup Allah untuk menebus anak-anak-Nya. Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete Briscoe 16 hari Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna. Hari Valentine 3 hari Hari Valentine mungkinlah masa yang rumit bagi sesetengah daripada kita. Kita mungkin bujang dan ingin berpacaran sekarang ini, oleh itu, masa ini mungkin menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Sepanjang tiga hari seterusnya, walau apa pun status hubungan anda, benarkan kami untuk menggalakkan hati anda dengan kasih Allah yang BESAR, TIDAK BERSYARAT, TENANG BERDIAM. Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi Anda 5 hari Adakah anda berjuang demi orang yang dikasihi dan menunjukkan kepada orang lain betapa berharganya mereka itu kepada Allah? Dalam pelan bacaan 5 hari berdasarkan buku Hosanna Wong, How (Not) to Save the World ini, ketahui bohong yang menghalang anda daripada mengasihi orang lain sebagaimana yang dipanggil oleh Allah. Luangkan masa untuk menerokai jemputan Yesus untuk mengenali Dia dan berkongsi Dia dengan orang lain melalui pengalaman tersendiri anda. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Februari) 28 hari Bahagian 2 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 2 merangkumi kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, dan Galatia.
Dikirim pada 2024-01-02Pelan Bacaan – Januari 2024 Kehidupan Terubah: Pada Tahun Baru 4 hari Setiap Tahun Baru disertai peluang baru untuk permulaan yang baru. Jangan membiarkan tahun ini menjadi setahun lagi yang bermula dengan matlamat yang tidak dapat dicapai. Pelan 4 hari ini akan memimpin anda membuat renungan dan memberikan anda perspektif yang baru supaya anda boleh menjadikan tahun ini tahun anda yang terbaik setakat ini. Tahun Baru, Allah yang Sama 4 hari Tahun baru sudah sampai dan disertai matlamat serta azam baru yang ingin dicapai. Setiap sesuatu dalam dunia ini telah berubah; walau bagaimanapun, kita mempunyai Allah maha kuasa yang sama, yang dapat memberikan kita tahun yang diberkati. Sertai saya untuk 4 hari seterusnya yang akan membantu kita memulakan tahun ini dengan tujuan. Tahun Baru: Memulakan Hidup Baru 5 hari Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yang terbaik setakat ini bermula dengan kesedaran bahawa anda telah diperbaharui melalui Yesus. Jalanilah hidup yang baru pada tahun baru ini! Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru Anda 5 hari Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda. Pelan ini akan berkongsi dorongan dan inspirasi yang anda perlukan untuk menjalani tahun yang terbaik setakat ini. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Januari) 31 hari Bahagian 1 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 1 merangkumi kitab Lukas, Kisah Para Rasul, Daniel, dan Kejadian.
Dikirim pada 2023-12-01Pelan Bacaan – Disember 2023 Kehidupan Terubah: Pada Hari Krismas 5 hari Di tengah-tengah kesibukan musim cuti, memanglah mudah untuk terlupa akan sebab kita meraikan sesuatu itu. Dalam pelan adven 5 hari ini, kita akan menyelami janji yang digenapi oleh kelahiran Yesus dan harapan yang kita miliki untuk masa depan. Semasa kita mempelajari lebih banyak tentang siapa Allah itu, kita akan mendapat tahu tentang cara menempuh musim cuti dengan harapan, iman, sukacita, dan kedamaian. Cahaya bagi Dunia – Renungan Adven 4 hari Jutaan orang Kristian di seluruh dunia ini akan meraikan hari Krismas tahun ini. Adven, perayaan yang indah dari segi simbolik menjelang hari Krismas, merupakan sebahagian yang besar daripada temasya hari Krismas di banyak negara. Semasa anda membaca renungan Adven yang menarik ini, anda berpeluang menyertai saudara dan saudari dari negara yang jauh dan meraikan bersama-sama serta belajar daripada perspektif dan tradisi mereka yang unik dan berkuasa. Lukas 12 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Lukas dari permulaan hingga akhir. Mengenal Suara Allah // Belajar Menemui Dia 4 hari Suara Allah mungkin selembut bisikan atau sekencang hurikan. Kuncinya ialah mengenalnya, walau apa pun bentuknya—dan mempercayai bahawa Allah baik, bahawa Dia adalah lebih besar daripada apa-apa pergelutan kita. Mulakan pelan empat hari ini dan pelajari bagaimana menemui Dia, suara-Nya, kehadiran-Nya — dan sertai banyak lelaki dan perempuan untuk mengalami Rush | Holy Spirit in Modern Life. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Disember) 31 hari Bahagian 12 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 12 merangkumi kitab Yesaya, Mikha, 1 dan 2 Petrus, 1, 2 dan 3 Yohanes, dan Yudas.
Dikirim pada 2023-11-01Pelan Bacaan – November 2023 Siapakah Yesus? 5 hari Yesus merupakan tokoh utama dalam iman Kristian, dan pelan 5 hari ini menyelami siapa Dia itu: pengampun dosa, sahabat orang yang berdosa, cahaya, pekerja mukjizat, Tuhan yang telah bangkit. Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun! 7 hari Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya inginkan kesyukuran dan sukacita untuk menjadi sebahagian daripada saya sehinggakan kedua-duanya semudah bernafas! Dalam pelan ini, kita akan menerokai bagaimana menjadikan musim kesyukuran itu suatu amalan harian! Penyembahan: Kajian Mazmur 106 hari Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (November) 30 hari Bahagian 11 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 11 merangkumi kitab Kidung Agung, Yehezkiel, Hosea, dan Wahyu. Galatia 3 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab Galatia dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik.
Dikirim pada 2023-10-01Pelan Bacaan – Oktober 2023 20/20: Dilihat. Terpilih. Diutus. Oleh Christine Caine 7 hari Dapatkah anda bayangkan betul-betul rasa dilihat oleh Allah sehinggakan anda tidak mungkin tidak melihat orang lain? Dapatkah anda bayangkan hidup sehari-hari anda yang biasa membawa kesan abadi yang penting? Renungan 7 hari daripada Christine Caine ini akan membantu anda untuk menemui bagaimana Allah telah melihat anda, memilih anda, dan mengutuskan anda untuk melihat orang lain dan untuk membantu mereka rasa dilihat sebagaimana Allah melihat mereka—penglihatan 20/20. Saya Berserah: Renungan yang Memberikan Ilham oleh Banduan 4 hari Alkitab merupakan kitab tentang penebusan, kebebasan, dan harapan. Halamannya merangkumi watak yang dinamik dan tabah hati—lelaki dan perempuan remuk yang menari-cari jawapan. Dalam sesetengah cara, mereka itu serupa dengan banduan dan bekas banduan yang menuliskan bahan renungan ini. Kami berharap anda rasa terdorong dan dipenuhi ilham oleh suara jemaat dalam penjara ini. Semoga kesaksian mereka membebaskan kita. Duduk dalam Keheningan: 7 Hari untuk Menantikan Janji Allah 7 hari Ada kalanya kita menerima janji Allah, tetapi kita tidak melihat diri kita selaras dengan janji yang diberikan oleh Allah itu. Ataupun, kadang-kadang kita berada di persimpangan hidup kita, bergantung pada Allah untuk menunjukkan arah, tetapi kita hanya mendengar kesunyian. Renungan 7 hari ini akan berbicara kepada hati anda tentang cara bergerak ke arah Kehendak Allah bila Allah nampaknya diam. 21 Hari Sehingga Kelimpahan 21 hari Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan! Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Oktober) 31 hari Bahagian 10 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 10 merangkumi kitab Pengkhotbah, Yohanes, Yeremia, dan Ratapan.