Dikirim pada Jun 1, 2024Pelan Bacaan – Jun 2024 Memahami Hidup Anda 3 hari Hidup ini tidak dapat diduga dan mengelirukan, meskipun ketika kita melayani Allah. Ada kalanya keadaan kelihatan tidak terkawal, meninggalkan kita tertanya-tanya apa yang sedang berlaku! Jika anda pernah rasa seperti ini atau bingung, siri renungan yang baru daripada Pastor Jim Cymbala ini adalah sesuai bagi anda! Menyenangkan Hati Allah 5 hari Raja Daud digambarkan dalam Perjanjian Baru sebagai seorang yang menyenangkan hati Allah, maksudnya Daud menjajarkan hatinya dengan hati Allah. Semasa kita menyelidiki kehidupan Daud, matlamat siri ini ialah menganalisis perkara yang dilakukan oleh Daud dalam 1 & 2 Samuel demi membentuk hati kita menurut hati Allah dan menyerupai keamatan fokus dan semangat yang ditunjukkan oleh Daud sepanjang hidupnya. Dikenali: 10 Hari untuk Menemui Identiti Anda 10 hari Memanglah mudah untuk tenggelam dalam apa yang diketahui tentang anda dan terlepas siapa anda. Firman Allah banyak bercakap tentang anda, siapa anda ini, dan siapa yang Dia cipta anda jadi. Renungan 10 hari ini akan menolong anda dalam perjalanan mengetahui identiti sebenar anda. SATU PERKARA 7 hari Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Jun) 30 hari Bahagian 6 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 6 merangkumi kitab Efesus, Filipi, Kolose, Yunus, Hakim-hakim, Rut, dan 1 Samuel. Share this post:
Dikirim pada Mei 1, 2024Pelan Bacaan – Mei 2024 Cara Mengatasi 7 hari Hidup ini dipenuhi halangan, kekalahan, kekecewaan dan penderitaan. “Cara Mengatasi” akan menolong anda menangani kehilangan, kesedihan, dan kesusahan. Pelan ini bertujuan menghalang perkara yang kelihatan seperti penamat daripada mengecewakan atau menggelincirkan anda. Sebaliknya, benarkan Allah untuk mengubahnya menjadi permulaan. Apabila hidup menjadi mengelirukan dan susah, jangan berputus asa. Pandang ke atas. Walau apa pun kesukaran atau kehilangan yang menyakitkan yang dihadapi, Allah menyertai anda. Tidak Okey 28 hari Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah. Bagaimana Mengkaji Alkitab (Asas) 5 hari Memanglah mudah untuk rasa terharu, tidak dilengkapkan secukupnya, dan bingung berkenaan Firman Allah. Matlamat saya ialah memudahkan proses Pengajian Alkitab bagi anda dalam beberapa cara dengan mengajar anda tiga prinsip yang paling penting semasa mengkaji Alkitab. Sertai pelan ini dan membongkar cara membaca Alkitab bukan untuk maklumat sahaja, malah untuk transformasi hidup hari ini! 5 Doa Kerendahan Hati 5 hari Perlukan lebih banyak kasih kurnia, kemurahan hati, dan berkat Allah? Ucapkan lima doa kerendahan hati ini untuk meminta kemurahan hati Tuhan terhadap anda dan menolong anda. Dia akan menjawab doa anda; Dia memberikan kasih kurnia kepada orang yang rendah hati! Jika anda merendahkan diri di hadapan Tuhan, Dia akan meninggikan anda. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mei) 31 hari Bahagian 5 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 5 merangkumi kitab 1 dan 2 Korintus, Ulangan, dan Yosua. Share this post:
Dikirim pada April 2, 2024Pelan Bacaan – April 2024 Memahami Kehendak Allah 3 hari Pernahkah anda keliru tentang kehendak Allah dalam situasi yang tertentu? Pelan 3 hari ini meneroka cara untuk mengetahui kehendak-Nya – kehendak umum-Nya dan kehendak khusus-Nya bagi hidup kita. Jalan Kerajaan 5 hari Allah sedang menjagakan Jemaat-Nya, dan kita perlu melihat gambaran keseluruhan. Ketika keadaan menjadi susah, kita akan tergoda untuk berhenti. Walau bagaimanapun, waktu itu bukanlah masa untuk berhenti. Sertai kami sementara kami belajar bagaimana memahami zaman ini, di samping memperoleh strategi mempertahankan serta memajukan Kerajaan Allah. Doa Bapa Kami 8 hari Sertai J.John dalam kajian lapan hari tentang Doa Bapa Kami, ajaran yang amat mendalam dan berguna oleh Yesus tentang cara kita harus berdoa. Jangan Bimbangkan Apa Pun 3 hari Kebimbangan merupakan pencuri masa, tenaga, dan kedamaian kita. Namun, mengapakah kita berasa bimbang? Dalam renungan 3 hari ini, kami akan mengkaji kebimbangan, mengapa kita berasa bimbang, dan bagaimana menghentikannya. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (April) 30 hari Bahagian 4 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 4 merangkumi kitab Matius dan Ayub. Share this post:
Dikirim pada Mac 1, 2024Pelan Bacaan – Mac 2024 Lelaki di Salib Tengah: Pelan Bacaan 7 Hari Paskah 7 hari Hampir setiap orang bersetuju bahawa dunia ini porak-peranda. Namun, bagaimana kalau ada penyelesaiannya? Pelan Paskah tujuh hari ini bermula dengan pengalaman unik pencuri di salib dan mempertimbangkan mengapa satu-satunya jawapan yang sebenar bagi keporak-perandaan ditemui dalam pelaksanaan hukuman mati seorang lelaki yang tidak bersalah: Yesus, Anak Allah. Diamlah: Panduan Mudah Waktu Sunyi 5 hari Diamlah. Bagi sesetengah orang, perkataan ini merupakan jemputan yang dialu-alukan untuk memperlahankan diri. Bagi orang yang lain, perkataan ini seolah-olah mustahil, tidak mungkin tercapai dalam dunia kita yang semakin bising, ataupun terlalu sukar untuk dikekalkan. Brian Heasley menunjukkan bagaimana kita tidak perlu statik supaya hati kita boleh berdiam, dan bagaimana kita boleh menghabiskan masa sunyi bersama dengan Allah di tengah-tengah kehidupan kita yang penuh dan sibuk. Bernyala: Panduan Mudah Doa yang Berani 6 hari Doa merupakan suatu hadiah, peluang yang menakjubkan untuk berhubungan dengan Bapa syurgawi kita. Dalam pelan 6 hari ini, kita akan mendapat tahu tentang perkara yang diajar oleh Yesus berkenaan doa dan diilhami untuk berdoa secara tetap serta dengan berani. Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan Dosa 10 hari Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan hati anda. Berdasarkan buku Rewire Your Heart, pelan 10 hari ini melihat beberapa ayat yang paling penting tentang hati anda yang akan menolong anda menemui cara melawan dosa dengan membenarkan Injil untuk mendawaikan semula hati anda. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mac) 31 hari Bahagian 3 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 3 merangkumi kitab Bilangan, Amsal, Roma, dan Ibrani. Share this post:
Dikirim pada Februari 2, 2024Pelan Bacaan – Februari 2024 Rut: Cerita tentang Kasih Penebusan Allah 7 hari Berkemungkinan salah satu cerita pendek yang paling menakjubkan sepanjang zaman, kitab Rut merupakan catatan tentang kasih penebusan Allah. Kitab Rut ialah cerita tentang cara Allah menggunakan kehidupan orang biasa untuk mengerjakan kehendak berdaulat-Nya. Dengan alegori kasih Kristus dan pengorbanan-Nya untuk umat-Nya yang indah, kita ditunjukkan tahap sanggup Allah untuk menebus anak-anak-Nya. Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete Briscoe 16 hari Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna. Hari Valentine 3 hari Hari Valentine mungkinlah masa yang rumit bagi sesetengah daripada kita. Kita mungkin bujang dan ingin berpacaran sekarang ini, oleh itu, masa ini mungkin menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Sepanjang tiga hari seterusnya, walau apa pun status hubungan anda, benarkan kami untuk menggalakkan hati anda dengan kasih Allah yang BESAR, TIDAK BERSYARAT, TENANG BERDIAM. Bagaimana (Tidak) Menyelamatkan Dunia: Kebenaran Tentang Mendedahkan Kasih Allah kepada Orang di Sisi Anda 5 hari Adakah anda berjuang demi orang yang dikasihi dan menunjukkan kepada orang lain betapa berharganya mereka itu kepada Allah? Dalam pelan bacaan 5 hari berdasarkan buku Hosanna Wong, How (Not) to Save the World ini, ketahui bohong yang menghalang anda daripada mengasihi orang lain sebagaimana yang dipanggil oleh Allah. Luangkan masa untuk menerokai jemputan Yesus untuk mengenali Dia dan berkongsi Dia dengan orang lain melalui pengalaman tersendiri anda. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Februari) 28 hari Bahagian 2 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 2 merangkumi kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, dan Galatia. Share this post: