Ayat-ayat Alkitab yang popular – Mac 2021 – Tetapi jika mereka berdoa kepada-ku …

Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.


2 TIMOTIUS 1:7

Apabila Aku menahan hujan, atau menyuruh belalang memakan habis tanaman, atau mendatangkan wabak kepada umat-Ku, tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.


2 TAWARIKH 7:13-14

Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.Aku akan menguatkan dan menolong kamu;Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.


YESAYA 41:10

Masuklah ke dalam rumah kamu, hai bangsaku, dan tutuplah pintu. Bersembunyilah seketika, sehingga kemurkaan Allah sudah reda. TUHAN akan datang dari tempat kediaman-Nya di syurga untuk menghukum manusia di bumi kerana dosa mereka. Pembunuhan yang dilakukan secara rahsia di bumi akan terbongkar, dan kubur pun tidak lagi menyembunyikan mereka yang telah dibunuh.


YESAYA 26:20-21

Namun harapanku bangkit kembaliapabila aku teringat akan perkara ini:Kasih TUHAN abadi danrahmat-Nya tidak berkesudahan;selalu baru setiap pagi,sesungguhnya Dia setia!TUHAN sahaja yang aku punyai,oleh itu aku berharap kepada-Nya.


RATAPAN 3:21-24

Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.


YAKOBUS 1:12

Jangan lupa berbuat baik dan saling menolong, kerana perkara itu seperti korban yang menyenangkan hati Allah.


IBRANI 13:16

Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi,orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa,dapat berkata kepada-Nya,“Engkaulah pembelaku dan pelindungku.Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu.”


MAZMUR 91:1-2

Pelan Bacaan – Mac 2021

Pelan Bacaan – Februari 2021

Pelan Bacaan – Januari 2021

Pelan Bacaan – Januari 2021