Isteri yang cekap susah ditemukan

Isteri yang cekap susah ditemukan

10  
Isteri yang cekap susah ditemukan. Dia lebih berharga daripada permata.

11  
Suaminya mempunyai keyakinan terhadap dia dan tidak akan kekurangan apa-apa.

12  
Seumur hidupnya, dia berbuat baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat kepadanya.

13  
Dia rajin mengumpulkan bulu domba dan rami, lalu sibuk menenunnya.

14  
Dia mendatangkan makanan dari tempat jauh seperti yang dilakukan oleh kapal dagang.

15  
Dia bangun pagi-pagi buta untuk menyediakan makanan bagi keluarganya, dan untuk memberikan arahan kepada semua hamba perempuannya.

16  
Dia mencari sebidang tanah, lalu membelinya dan mengusahakan ladang anggur dengan pendapatannya.

17  
Dia menyiapkan diri untuk bekerja sekuat tenaga.

18  
Dia tahu bahawa segala sesuatu yang diusahakannya menguntungkan, dan dia bekerja sehingga jauh malam.

19  
Dia memintal benang dan menenun kainnya sendiri.

20  
Dia murah hati kepada orang yang miskin dan susah.

21  
Pada musim sejuk dia tidak khuatir, kerana keluarganya mempunyai baju panas.

22  
Dia membuat permaidani dan memakai pakaian daripada kain linen ungu yang halus.

23  
Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.

24  
Dia menjahit pakaian dan membuat ikat pinggang untuk dijual kepada pedagang.

25  
Dia berwibawa serta dihormati orang. Dia tidak khuatir akan masa hadapan.

26  
Kata-katanya bijak serta lemah lembut.

27  
Dia sentiasa rajin bekerja dan memperhatikan urusan rumah tangganya.

28  
Dia dihargai oleh anak-anaknya dan dipuji oleh suaminya.

29  
Suaminya berkata, “Ada banyak wanita yang baik, tetapi engkaulah yang terbaik antara mereka semua.”

30  
Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.

31  
Balaslah segala perbuatannya. Dia wanita yang layak dihormati semua orang.

Proverbs 31 in Malay

Proverbs 31 in English

Pelan Bacaan – Mei 2019

Kini App Alkitab untuk Kanak-kanak disegerakkan merentasi peranti!

Profil App Alkitab untuk Kanak-kanak

“Hei! Ini mempunyai semua bintang saya!”

Anugerah App Alkitab untuk Kanak-kanak anak anda sentiasa disimpan dalam peranti yang digunakan untuk memperolehnya. Jika anak anda menggunakan peranti yang baru, atau jika anda membenarkan mereka menggunakan App Alkitab untuk Kanak-kanak pada telefon yang lain, mereka perlu bermula semula. Tidak lagi.

Kini kemajuan disimpan untuk setiap anak anda, disegerakkan merentasi semua peranti anda!

Sebagai ibu bapa atau penjaga, kemas kini terbaru App Alkitab untuk Kanak-kanak membenarkan anda log masuk kepada akaun YouVersion sedia ada anda dan menetapkan avatar unik bagi setiap anak anda. Menambahkan profil adalah cepat dan senang. Anak anda boleh memilih avatar dan warna kegemaran mereka.

Dapatkan App Terkini

Sekarang anak-anak anda dapat menghayati Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak dalam Bahasa Melayu!

Hari ini, bersama dengan rakan kongsi kami, OneHope, dengan sukacita kami mengumumkan pelancaran Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak dalam Bahasa Melayu. Sekarang, lebih ramai kanak-kanak berpeluang untuk menikmati pengalaman Alkitab yang tersendiri.

Cara-cara untuk menukar bahasa adalah sangat mudah, fungsi ini terdapat dalam tetapan aplikasi:

  1. Pastikan anda telah mengemaskini aplikasi anda kepada versi yang terkini.
  2. Lancarkan aplikasi dan tekan ikon gear () untuk membuka Tetapan.
  3. Tekan Bahasa dan pilih Bahasa yang anda mahu.

Audio akan dimainkan dalam bahasa tersebut, dan teks akan muncul dalam bahasa itu juga!

Raikanlah berita gembira ini bersama-sama kami!

FacebookKongsi
TwitterTweet
EmelEmel


Tentang App Alkitab untuk Kanak-kanak

Dibangunkan dengan kerjasama OneHope, App Alkitab untuk Kanak-kanak adalah daripada YouVersion, pembuat aplikasi Alkitab. Direka untuk memberi kanak-kanak satu penghayatan Alkitab tersendiri yang penuh, App Alkitab untuk Kanak-kanak telah dimuat turun dalam melebihi 22 juta peranti Apple, Android, dan Kindle, dan aplikasi ini adalah sentiasa percuma. Kanak-kanak dari seluruh dunia menikmati App Alkitab untuk Kanak-kanak dalam 36 bahasa — kini termasuk Bahasa Melayu!

App Store Google Play Amazon