Dikirim pada 2019-11-012021-10-04 oleh Pelan Bacaan – November 2019 Mazmur 31 hari Pembacaan kitab Mazmur adalah baik untuk dorongan yang mudah. Apabila anda menghadapi kesukaran, kitab Mazmur boleh bertindak sebagai penghiburan dan galakkan. Oswald Chambers: Sukacita – Kekuatan di dalam Tuhan 30 hari Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah. Mencari Hati Tuhan Setiap Hari – Kebijaksanaan 5 hari Mencari Hati Tuhan Setiap Hari adalah pelan bacaan 5 hari yang bertujuan mendorong, mencabar, dan membantu kita sepanjang kehidupan sehari-hari. Seperti yang dikatakan Boyd Bailey, “Carilah Dia walaupun malas, atau apabila anda terlalu sibuk dan Dia akan membalas kesetiaan anda.” Alkitab berkata, “Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.” Mazmur 119: 2 Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap Hari 7 hari Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog.