Dikirim pada 2020-01-012021-10-04 oleh Pelan Bacaan – Januari 2020 Tabiat 6 hari Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alkitab Life.Church ini menelusuri Alkitab dengan akronim yang mudah untuk membentuk tabiat harian yang baik dan menjadi kebiasaan. Tahun Baru, Rahmat Baru 15 hari Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila “pengubahsuaian tingkah laku” atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari. Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada Yesus 7 hari Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan yang besar sahaja, ataupun untuk orang yang sangat rohaniah? Ketakutan, kegagalan lalu, dan salah faham boleh menahan kita. “Pergilah Lakukan Katakan Berilah” merupakan janji/doa yang memunggah cara mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan rohani anda. Alamilah kebebasan yang terhasil daripada mengikuti Yesus. 21 hari berpuasa 21 hari Mulakan hari anda dengan memfokuskan diri kepada ciri kerohanian dalam berpuasa. Pelan ini mempunyai beberapa petikan mengenai puasa dan lain-lain yang mempengaruhi kepada refleksi dan pendekatan diri kepada Allah. Selama 21 hari, anda akan diberikan pembacaan alkitab harian, renungan ringkas, soalan refleksi dan doa-doa yang berkaitan.