Dikirim pada 2020-02-012021-10-11 oleh Pelan Bacaan – Februari 2020 Gelisah 3 hari “Hati kami yang gelisah hanya mendapat ketenangan dalam-Mu.” Belum pernah orang yang begitu banyak mengalami kegelisahan yang digambarkan oleh Augustine dalam ayat terkenal ini. Namun, apakah penyelesaian kekurangan ketenangan sebenar kita? Pelan tiga hari ini akan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penyelesaiannya terletak dalam melihat amalan kuno hari Sabat melalui kanta yang berbeza—melalui kanta “Mu”—Yesus—sumber utama ketenangan kita. Tuntunan Ilahi 7 hari Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain. Doa 21 hari Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa. 40 Hari Pra-Paskah 47 hari Pra-Paskah sentiasanya masa untuk mengalihkan perhatian kita kepada semua yang telah dilakukan untuk kita pada salib dalam Kristus.Karunia mewah ini boleh direnungkan tahun demi tahun, dan masih membuat kita tertanya-tanya dalam kekaguman.Melalui pelan bacaan ini, anda akan menerokai kisah-kisah injil mengikut kronologi, menjejak perjalanan Yesus pada minggu terakhir-Nya dalam pelayanan-Nya di bumi. Pelan ini adalah sepanjang 47 hari, tetapi tujuh hari Ahad adalah rehat berdasarkan tradisi.