Dikirim pada 2020-04-012021-10-11 oleh Pelan Bacaan – April 2020 Mengapa Paskah? 5 hari Apakah yang penting tentang Paskah? Mengapakah ada begitu banyak minat dalam seseorang yang dilahirkan 2,000 tahun lalu? Mengapakah begitu banyak orang berasa teruja tentang Yesus? Mengapakah kita memerlukan-Nya? Mengapakah Dia datang? Mengapakah Dia mati? Mengapakah sesiapa pun harus bersusah payah mendapat tahu? Dalam pelan 5 hari ini, Nicky Gumbel berkongsi jawapan yang menambat perhatian kepada soalan tersebut. Yesus: Panji Kemenangan Kita 7 hari Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memilih untuk berkongsi kemenangan itu dengan kita. Pada minggu Paskah ini, marilah kita menyelidiki beberapa benteng pertahanan yang telah ditawan-Nya, merenungkan pertempuran yang diperjuangkan-Nya bagi kita, dan memuji-Nya sebagai Panji Kemenangan kita. Kisah Easter 7 hari Bagaimanakah anda menjalani hidup jika diketahui itu minggu terakhir anda? Minggu terakhir Yesus di dunia dalam kemanusiaanNya dipenuhi detik-detik istimewa, penggenapan nubuatan, doa yang intim, perbincangan mendalam, tindakan simbolik, dan kejadian yang mengubah dunia. Pelan bacaan ini bermula pada hari Isnin sebelum Easter. Anda akan membaca kisah Minggu Suci melalui petikan dari keempat kitab Injil. Yohanes 10 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Yohanes dari permulaan hingga akhir.