Dikirim pada 2020-05-012021-10-11 oleh Pelan Bacaan – Mei 2020 Tidak Ditinggalkan: Menemukan Kebebasan sebagai Anak Lelaki & Anak Perempuan Seorang Bapa yang Sempurna 5 hari Louie Giglio, Pastor dan Pengasas Passion Movement, berkongsi dalam renungan 5 hari ini untuk memahami sifat Allah dalam cara yang mengubah kehidupan — sebagai seorang Bapa yang sempurna yang ingin anda berjalan secara bebas sebagai anak lelaki atau anak perempuan kesayangan-Nya. Rancangan Allah Bagi Kehidupan Anda 6 hari Apakah rancangan Allah bagi kehidupan anda? Ini adalah salah satu soalan kita yang paling biasa sebagai pengikut Kristus. Namun, jika kita berterus terang, idea rancangan Allah bagi kehidupan kita agak menenggelamkan. Sepanjang Pelan Alkitab 6 hari ini, kita akan mempelajari bahawa rancangan Allah tidak serumit yang kita kerap fikirkan, tetapi ia adalah jauh lebih baik daripada yang kita dapat bayangkan. 7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang Pengasuhan 7 hari Membesarkan anak adalah susah, meskipun dalam keadaan yang terbaik. Dalam renungan tujuh hari ini, ibu bapa dunia sebenar — yang juga merupakan kakitangan YouVersion — berkongsi cara mereka menggunakan prinsip daripada Firman Allah dalam aspek kehidupan mereka yang penting ini. Renungan setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh digunakan untuk berkongsi perjalanan anda. Roma 8 hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui surat Paulus kepada jemaah di Roma. Ia sesuai sekali untuk kajian individu mahupun sekumpulan.