Dikirim pada 2020-11-012021-10-11 oleh Pelan Bacaan – November 2020 Mazmur 31 hari Pembacaan kitab Mazmur adalah baik untuk dorongan yang mudah. Apabila anda menghadapi kesukaran, kitab Mazmur boleh bertindak sebagai penghiburan dan galakkan. Mengasihi Seperti Yesus 13 hari Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman dan ayat Alkitab yang telah mengilhamkan mereka untuk hidup dan Mengasihi Seperti Yesus sepenuhnya. Berpacaran pada Zaman Moden 7 hari Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 hari berdasarkan buku Single. Dating. Engaged. Married. ini, Ben Stuart akan membantu anda melihat bahawa Allah mempunyai tujuan untuk musim dalam kehidupan anda ini, dan ia menawarkan beberapa prinsip panduan untuk membantu anda menentukan siapa dan bagaimana untuk berpacaran. Ben ialah pastor Passion City Church, Washington, DC, dan bekas pengarah eksekutif Breakaway Ministries, pengajian Alkitab mingguan yang dihadiri oleh ribuan pelajar kolej di kampus Texas A&M. Renungan Kesyukuran Harian Paul Tripp 12 hari Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.