Dikirim pada 2021-01-012021-10-14 oleh Pelan Bacaan – Januari 2021 ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian 5 hari Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, anda akan meneliti Firman dan menemukan kejelasan serta arah untuk menetapkan matlamat yang dibangkitkan oleh kasih kurnia! Mengucapkan Hidup 6 hari Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah kita menilai kuasa penting yang terkandung dalam kata-kata kita. Kursus Pra-Perkahwinan 5 hari Perkahwinan yang kuat tidak terbentuk secara automatik. Harapan kami adalah anda akan menyedari sikap, nilai dan tabiat yang diperlukan untuk membina perkahwinan yang sihat dan kuat, yang akan kekal sepanjang hayat. Pelan 5 hari ini diadaptasi daripada Kursus Pra-Perkahwinan yang dihasilkan oleh Nicky dan Sila Lee, penulis The Marriage Book. Impian Ditebus 7 hari Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.