Dikirim pada 2021-02-012021-10-14 oleh Pelan Bacaan – Februari 2021 Tuntunan Ilahi 7 hari Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daftar New York Times dan Pastor Senior Life.Church, Craig Groeschel, menggalakkan anda dengan tujuh prinsip daripada bukunya, Divine Direction, untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Ketemukan tuntunan rohani yang diperlukan untuk menjalankan kisah hidup yang memuliakan Allah, yang anda gemar menceritakan kepada orang lain. Doa 21 hari Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa. Doa yang Berbahaya 7 hari Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig Groeschel, Dangerous Prayers, dari Life.Church ini, mencabar anda untuk berdoa secara berbahaya—kerana mengikuti Yesus tidak pernah bermaksud bersifat selamat. Bagaimana Memulakan Bacaan Alkitab 4 hari Berterus-teranglah: kita sedar bahawa membaca Alkitab adalah idea yang baik, tetapi agak sukar untuk mengetahui cara memulakannya. Sepanjang empat hari seterusnya, kita akan belajar mengapa Alkitab itu penting, bagaimana memulakan tabiat membaca setiap hari, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.