Dikirim pada 2021-03-312021-06-08 oleh Pelan Bacaan – Mac 2021 Kekhuatiran 7 Hari Kehidupan kita mudah dipenuhi kekhuatiran dan kebimbangan terhadap hal yang tidak diketahui. Namun Allah memberikan kita Roh keberanian, bukan ketakutan dan kekhuatiran. Pelan tujuh-hari ini akan membantu anda berpaling kepada Allah dalam setiap situasi. Akhir muktamad kekhuatiran sepatutnya adalah belajar menaruh kepercayaan dalam Allah. Mengucapkan Hidup 6 Hari Kata-kata, kata-kata, kata-kata, kata-kata yang berkuasa! Kata-kata yang membina atau kata-kata yang membinasa. Kata-kata yang memberikan hidup atau kata-kata yang membawa maut. Pilihan terletak di tangan kita. Marilah kita menilai kuasa penting yang terkandung dalam kata-kata kita. Disembuhkan oleh Yesus 6 Hari Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dalam Pelan ini, kita akan menemukan harapan dan dorongan semasa kita mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita. Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian! 8 hari Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian’s Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt. ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang Kristian 5 Hari Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, anda akan meneliti Firman dan menemukan kejelasan serta arah untuk menetapkan matlamat yang dibangkitkan oleh kasih kurnia!