Dikirim pada 2021-05-012021-10-14 oleh Pelan Bacaan – Mei 2021 Keyakinan 4 hari Allah mahu anda MENGETAHUI bahawa anda telah diselamatkan dan akan ke syurga! Keyakinan anda bertambah melalui pertemuan dengan Allah dan merenungkan Firman-Nya. Ayat-ayat berikut, apabila dihafal, boleh membantu anda tetap yakin dengan Allah sepanjang hayat anda. Biarlah kehidupan anda diubah dengan penghafalan ayat Alkitab! Untuk sistem penghafalan ayat Alkitab yang menyeluruh, layari MemLok.com Roma 8 hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui surat Paulus kepada jemaah di Roma. Ia sesuai sekali untuk kajian individu mahupun sekumpulan. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mei) 31 hari Bahagian 5 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 5 merangkumi kitab 1 dan 2 Korintus, Ulangan, dan Yosua. Menemukan Jalan Kembali kepada Allah 5 hari Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui.