Dikirim pada 2021-06-302021-07-05 oleh Pelan Bacaan – Jun 2021 Doa Yesus 5 Hari Kita menyedari kepentingan komunikasi dalam hubungan, dan hubungan kita dengan Allah tidak terkecuali. Allah ingin kita berkomunikasi dengan-Nya dalam doa—satu disiplin yang diamalkan oleh anak-Nya, Yesus, juga. Dalam pelan ini, anda akan mempelajari daripada contoh Yesus, dan dicabar untuk melangkah keluar daripada trafik kehidupan dan mengalami sendiri kekuatan dan pimpinan yang diberikan doa. Doa yang Berbahaya 7 Hari Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig Groeschel, Dangerous Prayers, dari Life.Church ini, mencabar anda untuk berdoa secara berbahaya—kerana mengikuti Yesus tidak pernah bermaksud bersifat selamat. Keyakinan 4 Hari Allah mahu anda MENGETAHUI bahawa anda telah diselamatkan dan akan ke syurga! Keyakinan anda bertambah melalui pertemuan dengan Allah dan merenungkan Firman-Nya. Ayat-ayat berikut, apabila dihafal, boleh membantu anda tetap yakin dengan Allah sepanjang hayat anda. Biarlah kehidupan anda diubah dengan penghafalan ayat Alkitab! Untuk sistem penghafalan ayat Alkitab yang menyeluruh, layari MemLok.com Menemukan Jalan Kembali kepada Allah 5 Hari Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui. Yesus, Saya Memerlukan Engkau 2 Hari Adakah anda merasakan keperluan mendalam anda akan Yesus? Pelan dua hari untuk doa ini direka bentuk demi membaiki masa teduh anda dengan-Nya dan membantu anda berseru pada-Nya. Ia juga bertindak sebagai rakan doa kepada siri lapan bahagian “Yesus, Saya Memerlukan Engkau” oleh Thistlebend Ministries. Doa 21 hari Pelajarilah cara terbaik berdoa, dari doa orang beriman serta juga dari perkataan Yesus sendiri, dan terimalah galakan untuk terus membawa permintaan anda kepada Allah setiap hari, dengan penuh kesabaran. Bacalah contoh doa sia-sia yang memuliakan diri, berbanding kepada doa murni dari hati yang bersih. Sentiasalah berdoa. Disembuhkan oleh Yesus 6 Hari Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dalam Pelan ini, kita akan menemukan harapan dan dorongan semasa kita mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita.