1
Mazmur Daud. TUHAN ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa.
2
Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau dan membimbing aku ke air yang tenang.
3
Dia memberi aku kekuatan baru. Dia membimbing aku di jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya.
4
Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita, aku tidak akan takut, ya TUHAN, kerana Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.
5
Engkau menyediakan jamuan untukku, di hadapan semua musuhku; Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormati dan mengisi cawanku hingga penuh.
6
Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku; rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.