Dikirim pada 2022-01-02 oleh Pelan Bacaan – Januari 2022 Ikrar 6 hari Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Januari) 31 hari Bahagian 1 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 1 merangkumi kitab Lukas, Kisah Para Rasul, Daniel, dan Kejadian. Yohanes 10 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian Injil Berdasarkan Yohanes dari permulaan hingga akhir. Oswald Chambers: Sukacita – Kekuatan di dalam Tuhan 30 hari Menemukan kebijaksanaan Oswald Chambers, penulis My Utmost for His Highest, dalam khazanah wawasan ini tentang sukacita. Setiap bacaan merangkumi petikan daripada Chambers berserta soalan untuk renungan kendiri. Semasa dia mengilhamkan dan mencabar anda dengan kebijaksanaan alkitabiah yang ringkas dan langsung, anda akan mendapati diri ingin menghabiskan lebih banyak waktu berkomunikasi dengan Allah.