Dikirim pada 2022-02-25 oleh Pelan Bacaan – Mac 2022 Menghapuskan Ketakutan 3 hari Anda boleh mengatasi ketakutan. Dr. Tony Evans membimbing anda ke jalan kebebasan dalam pelan bacaan yang berwawasan ini. Terokai kehidupan yang dipenuhi kegembiraan dan kedamaian yang diidamkan semasa anda menerapkan prinsip yang dikemukakan dalam pelan ini. Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-Paskah 7 hari Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya. 2 Korintus 1 minggu Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab 2 Korintus dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Mac) 31 hari Bahagian 3 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 3 merangkumi kitab Bilangan, Amsal, Roma, dan Ibrani. Mengampunkan Orang Yang Melukakan Kita 7 hari Sama ada kita mengalami luka emosi atau fizikal, pengampunan ialah batu sudut kehidupan Kristian. Yesus Kristus mengalami pelbagai layanan yang tidak adil dan tidak patut, termasuk kematian salah. Walau bagaimanapun, pada saat-saat menghadapi kematian, Dia mengampunkan pencuri yang mempersenda-sendakan Dia dari salib di sebelah-Nya dan juga pertanda-Nya.