Dikirim pada 2022-04-02 oleh Pelan Bacaan – April 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (April) 30 hari Bahagian 4 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 4 merangkumi kitab Matius dan Ayub. Kisah Rasul-Rasul 14 hari Pelan bacaan ringkas ini membantu anda mempelajari tentang Rasul-rasul serta gereja awal. Melangkah ke dalam Tujuan 5 hari Apakah tujuan saya? Apakah yang harus saya lakukan dengan hidup saya? Apakah rancangan Allah untuk saya? Kita semua pernah tertanya-tanya tentang semua ini. Kami ingin menjawab beberapa daripada pertanyaan ini semasa kami membincangkan maksud melangkah ke dalam tujuan anda. Sertai beberapa orang pelajar C3 College kami semasa mereka menjelaskan tentang topik ini. Segala yang Saya Perlukan 3 hari Allah memimpin kita dan melindungi kita. Dia sudah memenangi pertempuran kita. Dia melindungi kawasan sempit. Dia tidak terkejut melihat bola lambut. Renungan terfokus 3 hari ini akan mendorong anda dalam kebenaran bahawa Allah ialah pembekal bahagian yang tepat, sukatan yang tepat, bagi hidup anda.