Dikirim pada 2022-07-26 oleh Pelan Bacaan – Ogos 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Ogos) 31 hari Bahagian 8 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 8 merangkumi kitab 1 dan 2 Tawarikh, 1 dan 2 Tesalonika, dan Ezra. Mengatasi Maut 7 hari Kita sering diberitahu, “Ini cumalah sebahagian daripada hidup,” namun kata-kata biasa tidak dapat mengurangkan penderitaan kehilangan orang yang disayangi. Belajarlah untuk kembali kepada Tuhan ketika menghadapi cabaran yang paling sukar dalam hidup ini. Keberanian 1 minggu Ketahuilah ajaran Alkitab tentang kegagahan dan keyakinan. Pelan Bacaan “Keberanian” mengingatkan orang beriman tentang identiti mereka di dalam Kristus dan di dalam kerajaan Allah. Bila kita hak milik Allah, kita bebas terus mendekatiNya. Baca sekali lagi – ataupun baca kali pertama – jaminan yang memastikan tempat anda di dalam keluarga Allah. Kepastian Ketika Ketidakpastian 5 hari Di tengah-tengah ketidakpastian, Allah adalah pasti! Sertai David Villa dalam pelan terbarunya yang mengetepikan ketidakpastian dan kenegatifan demi mencapai sesuatu yang lebih besar.