Dikirim pada 2022-08-30 oleh Pelan Bacaan – Ogos 2022 Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (September) 30 hari Bahagian 9 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 9 merangkumi kitab Nehemia, Ester, 1 dan 2 Timotius, Yoel, Amos, Obaja, Nahum, Habakuk, Zefanya, Titus, Filemon, Yakobus, Hagai, Zakharia, dan Maleakhi. Rut, Satu Kisah Penebusan 5 hari Kita dapat memahami beberapa orang sahaja dalam Alkitab dari segi emosi; antaranya ialah Rut: balu asing yang miskin, yang menjadikan Allah keutamaannya, dan melihat-Nya mengubah hidupnya. Jika anda mencari-cari dorongan dalam keadaan anda, jangan terlepas pelan bacaan ini! Setiap Langkah Ialah Satu Ketibaan 5 hari Kami berharap lima renungan daripada Eugene Peterson ini akan membawa fikiran dan hati anda ke mana saja ia pergi, kerana anda tidak mungkin mengetahui apa yang akan digunakan oleh Roh untuk menggalakkan, mencabar atau menghiburkan anda. Anda mungkin memilih untuk menggunakan soalan renungan di akhir setiap renungan untuk membentuk doa harian anda—pastinya bukan sebagai titik tamat tetapi permulaan bagi ketibaan yang dinantikan. Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan Kesangsian 10 hari Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan dengan iman. Dominic Done mempercayai bahawa ini adalah tragis dan kesilapan yang besar. Ia menggunakan Alkitab dan sastera untuk mendebatkan bahawa keraguan bukan sahaja normal malah sering kalinya ialah jalan ke arah iman yang lebih kaya, bersemangat dan bertenaga. Terokai iman dan keraguan dalam pelan 10 hari ini.