25
Oleh itu, jangan khuatir akan hidup kamu – apa yang akan kamu makan dan minum, atau apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih bernilai daripada pakaian?
26
Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai tuaian, dan tidak mengumpulkan hasil di dalam jelapang, tetapi Bapa kamu yang di syurga memelihara semuanya! Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung?
27
Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan mengkhuatiri hidupnya?
28
Mengapa kamu khuatir tidak mempunyai cukup pakaian? Lihatlah bunga-bunga di padang, yang tidak bekerja atau menenun.
29
Tetapi Raja Salomo dengan segala kekayaannya pun tidak berpakaian seindah bunga-bunga itu!
30
Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang ada hari ini lalu esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberi kamu pakaian? Tetapi kamu kurang percaya kepada Allah!
31
Jangan khuatir tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum, atau apa yang akan kamu pakai.
32
Semua perkara itu sentiasa dikhuatiri orang yang tidak mengenal Allah. Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu.
33
Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu.
34
Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi.”