Dikirim pada 2023-02-02 oleh Pelan Bacaan – Februari 2023 Yesus Mengasihi Aku 7 hari Jika seseorang menanya anda, “Apa yang perlu saya percaya untuk menjadi orang Kristian?” apakah jawapan anda? Menggunakan lirik mudah lagu yang digemari, “Jesus loves me, this I know, for the Bible tells me so” (“Yesus mengasihi aku, aku tahu, kerana Alkitab mengajar aku”), seorang wartawan yang menjadi pastor membantu anda memahami apa yang anda percaya dan sebabnya. Penulis buku laris John S. Dickerson menerangkan kepercayaan Kristian yang penting secara jelas dan baik serta menunjukkan mengapa kepercayaan tersebut adalah penting. Melangkah ke dalam Tujuan 5 hari Apakah tujuan saya? Apakah yang harus saya lakukan dengan hidup saya? Apakah rancangan Allah untuk saya? Kita semua pernah tertanya-tanya tentang semua ini. Kami ingin menjawab beberapa daripada pertanyaan ini semasa kami membincangkan maksud melangkah ke dalam tujuan anda. Sertai beberapa orang pelajar C3 College kami semasa mereka menjelaskan tentang topik ini. Breathing Room 5 hari Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh letih. Anda hanya memerlukan sedikit ruang bernafas. Dengan satu jemputan yang amat mudah, Tuhan memberikan anda satu cara untuk menggantikan langkah hidup anda yang laju dengan apa yang akan membawakan kesejahteraan. Pelan ini akan menunjukkan anda caranya. Impian Ditebus 7 hari Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami kehancuran tragedi atau kehilangan, ataupun kehampaan musim penantian yang panjang, impian Allah bagi kehidupan anda masihlah hidup! Kawan, sudah tiba masanya untuk mengejar impian lagi.