Dikirim pada 2023-04-28 oleh Pelan Bacaan – Mei 2023 Kehidupan Berubah: Mendukung Identiti 6 hari Dengan banyak suara yang memberitahu kita tentang siapa kita ini, tidak hairanlah kita bergelut dengan identiti kita. Allah tidak mahu kita untuk didefinisikan oleh kerjaya kita, status perkahwinan kita, ataupun kesilapan kita. Dia mahu pendapat-Nya untuk menjadi kuasa yang tertinggi dalam hidup kita. Pelan enam hari ini akan membantu anda untuk membatinkan apa yang dikatakan oleh Alkitab tentang siapa anda itu dan betul-betul mendukung identiti anda dalam Kristus. Jangan Berputus Asa 7 hari Pernahkah anda berasa sungguh penat atau tumpas dalam hidup sehinggakan anda ingin berputus asa? Alkitab penuh dengan dorongan untuk tetap tabah dan sabar meneruskan hidup! Pelan bacaan 7 hari ini akan menyegarkan anda untuk perjalanan akan datang. Pusingan U Daripada Ketagihan 3 hari Apabila kehidupan anda tidak selaras dengan Firman Allah, anda pasti akan mengalami akibat yang menyakitkan. Banyak orang bergelut dari segi kesihatan, kehilangan pekerjaan, dan hubungan, dan mendapati diri renggang daripada Allah kerana ketagihan. Sama ada ketagihan yang serius seperti dadah atau pornografi atau ketagihan yang kurang serius, seperti makanan atau hiburan, ketagihan menjejaskan kehidupan kita. Biarlah penulis yang bukunya laris, Tony Evans, menunjukkan kepada anda jalan kepada kebebasan. Mengapakah Allah Mengasihi Saya? 5 hari Soalan: Semua orang mempunyai pertanyaan tentang Allah. Disebabkan budaya kita yang terdorong oleh perbandingan, salah satu soalan kita yang paling peribadi adalah, “Mengapakah Allah mengasihi saya?” Ataupun, “Bagaimanakah Allah mungkin mengasihi saya?” Sepanjang pelan ini, anda akan meneliti 26 petikan Alkitab—setiap satunya berbicara tentang kebenaran kasih Allah yang tidak bersyarat untuk anda.