Dikirim pada 2023-06-25 oleh Pelan Bacaan – Julai 2023 Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna Light 7 hari Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Light membongkar wawasan yang akan menghancurkan batas pembandingan terhadap keupayaan anda, dan membantu anda untuk menjalankan kehidupan yang bebas dan berkelimpahan yang telah disediakan oleh Allah bagi anda. Tidak Goyah Bersama Dengan Lisa Bevere 6 hari Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia ialah seketul batu. Dalam lautan pendapat yang bergelora, pelan ini akan melabuhkan jiwa anda—memberikan anda hala tuju yang jelas di dunia yang berliku-liku ini. Mencari Hati Tuhan Setiap Hari – Kebijaksanaan 5 hari Mencari Hati Tuhan Setiap Hari adalah pelan bacaan 5 hari yang bertujuan mendorong, mencabar, dan membantu kita sepanjang kehidupan sehari-hari. Seperti yang dikatakan Boyd Bailey, “Carilah Dia walaupun malas, atau apabila anda terlalu sibuk dan Dia akan membalas kesetiaan anda.” Alkitab berkata, “Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya, dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.” Mazmur 119: 2 Musuh Hati 5 hari Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley membantu anda untuk meneliti diri anda untuk mengesan empat musuh biasa hati — rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan — dan mengajar anda cara menyingkirkannya.