Dikirim pada 2023-06-01 oleh Pelan Bacaan – Jun 2023 Pengurusan Masa yang Kudus 6 hari Pengurusan masa tradisional boleh menimbulkan tekanan apabila matlamatnya ialah “mengawal” hidup dengan kekuatan diri dan disiplin diri. Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita bahawa kita menerima kedamaian dan rehat apabila kita mempercayai Allah dengan masa kita. Dalam pelan 6 hari ini, anda akan belajar bagaimana pendekatan pengurusan masa yang berpusatkan Allah membawa kepada penerimaan semua kebaikan yang telah disediakan oleh-Nya bagi anda, termasuk sukacita dan kedamaian-Nya. Allah, Bagaimana Dengan Saya? 5 hari Apabila kita rasa ketinggalan di belakang dalam hidup dan suara pembandingan menjadi makin kuat, kita kerap gagal melihat Allah bergerak di tengah-tengah kita. Pada waktu inilah iman kita paling banyak digunakan. Baca renungan ini dan didorong dalam pengharapan anda terhadap Allah. Jangan Berpuas Hati dengan Keselamatan 3 hari Jika suara tidak berkeyakinan, keraguan, dan ketakutan tidak ditangani, ia akan menentukan hidup anda. Anda tidak boleh menyenyapkan suara ini atau tidak mengendahkannya. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Sarah Jakes Roberts menunjukkan anda bagaimana melawan batasan masa silam anda dan menerima hal yang tidak menyenangkan untuk menjadi tidak dapat dihentikan. Kamu Dikasihi 4 hari Tuhan mengasihi kamu. Tidak kira siapa pun kamu, walau apa pun situasi yang sedang kamu hadapi sekarang, Tuhan mengasihi kamu! Dalam bulan ini, ketika kita meraikan kasih, janganlah lupa bahawa kasih Tuhan terhadap kamu adalah lebih besar daripada kasih yang lain. Dalam pelan empat hari ini, selami kasih Tuhan.