Dikirim pada 2023-11-01 oleh Pelan Bacaan – November 2023 Siapakah Yesus? 5 hari Yesus merupakan tokoh utama dalam iman Kristian, dan pelan 5 hari ini menyelami siapa Dia itu: pengampun dosa, sahabat orang yang berdosa, cahaya, pekerja mukjizat, Tuhan yang telah bangkit. Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun! 7 hari Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya inginkan kesyukuran dan sukacita untuk menjadi sebahagian daripada saya sehinggakan kedua-duanya semudah bernafas! Dalam pelan ini, kita akan menerokai bagaimana menjadikan musim kesyukuran itu suatu amalan harian! Penyembahan: Kajian Mazmur 106 hari Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (November) 30 hari Bahagian 11 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 11 merangkumi kitab Kidung Agung, Yehezkiel, Hosea, dan Wahyu. Galatia 3 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab Galatia dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik.