Dikirim pada 2024-01-02 oleh Pelan Bacaan – Januari 2024 Kehidupan Terubah: Pada Tahun Baru 4 hari Setiap Tahun Baru disertai peluang baru untuk permulaan yang baru. Jangan membiarkan tahun ini menjadi setahun lagi yang bermula dengan matlamat yang tidak dapat dicapai. Pelan 4 hari ini akan memimpin anda membuat renungan dan memberikan anda perspektif yang baru supaya anda boleh menjadikan tahun ini tahun anda yang terbaik setakat ini. Tahun Baru, Allah yang Sama 4 hari Tahun baru sudah sampai dan disertai matlamat serta azam baru yang ingin dicapai. Setiap sesuatu dalam dunia ini telah berubah; walau bagaimanapun, kita mempunyai Allah maha kuasa yang sama, yang dapat memberikan kita tahun yang diberkati. Sertai saya untuk 4 hari seterusnya yang akan membantu kita memulakan tahun ini dengan tujuan. Tahun Baru: Memulakan Hidup Baru 5 hari Tahun yang baru sama dengan permulaan baru dan memulakan hidup baru. Tahun baru ialah masa untuk menetap semula, menyegar semula, dan memfokus semula pada perkara yang paling penting dalam hidup anda. Menjalani tahun yang terbaik setakat ini bermula dengan kesedaran bahawa anda telah diperbaharui melalui Yesus. Jalanilah hidup yang baru pada tahun baru ini! Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru Anda 5 hari Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda. Pelan ini akan berkongsi dorongan dan inspirasi yang anda perlukan untuk menjalani tahun yang terbaik setakat ini. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Januari) 31 hari Bahagian 1 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 1 merangkumi kitab Lukas, Kisah Para Rasul, Daniel, dan Kejadian.